tadhe lagi dah =)


post lagi.

baru balek, teros pegi lab. penat kot, tunggu orang CNI datang, aku beli cookies untuk ibu, semalam dah buat deal, aku b'bisnes. hahaha =) mira dah balek semalam, aku anta die kat changlun, mintak nad tolong antakan die ngan liza.

pagi ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun. sebab julie datang bilik, die punye flight pukol 8.30 am. aku mandi, shampu wangi-wangi sebab arini nak gi PKU, buang benang. yay! dah boleh balek dalam keadaan sedikit tenang sebab dah tadhe benang lagi. dengan konfidennya aku naek bas. pastu aku gembira la kan sebab aku ingat nak mintak doktor pompuan tolong buatkan. tapi sayang sekali. itu adalah harapan nusa dan bangsa sahaja. aku pegi kaunter depan tu. then aku cakap..

aku : akak, saye nak buang benang.

staf PKU : masuk bilik nombor 8. *jawab sambil senyum*

aku : masuk macam tu je? ta yah register?

staf PKU : *sambil senyum* ye dik.

lalu, dengan konfidennya aku melangkah ke bilik nombor 8 itu.

lalu.. aku hampa. tidak!!!! ghupe-ghupenye bilik nombor 8 tu adalah bilik emergency. dimana, that abang yang cuci luka aku tu ade kat dalam. patutla before this ta penah jmpe die. die keje dalam tu rupenye. omG! Tuhan, apekah ini? aku tamau!

ee,,geram betol. oke, aku admit aku happy boleh jumpe lagi dengan abang tu, tapi bukan dalam keadaan macam ni. maksud aku, bukan dalam keadaan aku kene bukak tudong bagi die tengok. haiya. mujo la aku shampu. pakai cantek-cantek arini. *apekah maksud statement ini?*

aku : abang, nak buang benang.

abang PKU : boleh-boleh. gi baring kat sane. *slang kedah+die macam tak kenal aku*

aku : ni bilik yang malam tu cuci luka ke?

abang PKU : bile entah? haa ye la kot sebab tadhe bilik lain dah. awat?

aku : tadhe ape. malam tu nampak macam lain je. macam bukan kat sini.

abang PKU : ade datang sini ke?

aku : ye lah. abang yang tolong cuci luka ni. khamis lepas. pukol 2 pagi.

abang OKU : hak mana eh? dah lupa.

die suruh ak baring. aku tak nak.

aku : dudok macam ni je ta boleh ke? *aku segan nak baring, pakai kebaya. malam tu takpelah, dah saket,bukan ingat ape pon*

sambil die cek kepala aku, die cakap..

abang PKU : owh hak ni. haa dah ingat dah.

dalam ati aku.. "yes!" haha :) aku nak die ingat aku. ta tau la knp kan. nak jugak aku bagitau yang die nampak sangat handsome dengan baju keje die tu. malam tu, die pakai jeans dengan t-shirt je. jadi bese-besen je la kan. haha lagi satu, muka die sangat innocent. then, kitorang sembang lagi sementara die tengah cabut benang tu. *agak saket la sebenarnye. mau gak aku jerit*

dah abes proses tu. aku cepat-cepat pakai tudong. pastu bile nak kelua, die panggil aku.

abang PKU : Nur' Ain..

aku : ye.. kenapa?

abang PKU : name Nur' Ain ea? *pandang aku sambil tunjuk surat dari hospital*

aku angguk. dan aku senyum kat die. senyum yang paling mahal sekali. ha ha ta boleh bla. entah apesal berbunga sangat ati aku ni. padahal tadhe ape pon. entah bile nak jumpe die lagi. kalo jatuh lagi, jahit lagi, boleh la kot? thanks, but no thanks. tak nak la aku jatuh lagi ke, ape-ape la. sebelom kelua, seperti biasa aku akan timbang berat dulu. and omG! aku turun berat lagi. padahal last week baru je timbang, 41.5 kgs. dan arini tibe-tibe die jadi 39kgs. ya Allah apekah yang berlaku ini?

lalu, pegi ke kelas seperti biase. FMA got class. FML kelas cancel sebab tadhe orang datang pon. then, aku pegi bilik lecturer Bussiness Report Writing, Mr Hilaluddin. huhu =) aku sebenarnye cube pujok die untuk cancelkan class. die share bilik tu dengan aku punye lecturer Process Writing last sem, Mr Malik. sembang punye sembang. lebih kurang sejam la. aku gagal pujok die untuk cancel dengan alasan arini waktu bekerja UUM adelah sampai pukol 1 je. kitorang pon menyembangla. die sangat best! die crite banyak mende aku tadi dan aku banyak belaja daripada die arini.

and Mr Malek tibe-tibe tanye aku..

Mr Malek : are you getting taller?

aku tekejot ngan soalan tu.

die kate
kat Mr Hilaluddin every time die jumpe aku, die nampak aku semakin tinggi. then die tanye kalo aku actually los weight ke. sob sob sob =( i did sir. sedey gile. this is not good. this is NOT good. *sigh*

then, kitorang masuk kelas. BRW. bincang final question. then we say our goodbyes, selamat hari raya and whatsoever tu kan. and pa'an, ijat dan aku balek jalan kaki together. aku gi mall, beli kuey raye CNI ni haa. pastu sampai la sekarang, aku kat dalam lab ni, update last blog before balek malam ni.

so.. what else should i say?

dah ta larat nak tulis lagi, nak naik atas, kemas barang. hoho =) i'm going home tonight. rase gembira berlipat ganda sebab baju raye dah boleh ambek. ngee~

oleh itu, aku ambek kesempatan ni untuk wish happy Eid to everyone. maaf zahir batin. dari hujung rambut ke hujung kaki. let by gone be by gone *itu adalah ditujukan kepada diri sendiri especially*. jempotla datang ke rumah raye ni, raye pertama tau. 2nd day dah balek kampong. yay!

to Mohd Faiz bin Abas, selamat hari raya. maaf zahir batin. kalo ade rezeki, nanti kite jumpe oke =) i'm actually looking forward for it too.

to my dear intec boy, selamat hari raya jugak. semoga berjumpa lagi. miss you. still. always.

to lilohoney tayunk, get well soon oke =) jangan demam-demam lagi.

doakan aku selamat sampai ke terengganu. dan selamat sampai ke UUM jugak next week.

it's me,little ain~

c a r d s




post lagi.

baru sahaja lepas ber'sms dengan ibu. beliaw bertanyakan tentang kepala. dan jugak pasal nak balek malam esok, dah siap packing ke belom. huhu lawak betol ibu aku ni. nak balek esok kot, semangat gile kalo arini dah nak kemas. hehe pastu dengan konfiden beliaw menjawab yang beliaw adelah mengenali diriku ini kerana diriku ini adalah beliaw punye sweet daughter, bahawa nanti aku akan pack and unpacked barang-barang tu sume untuk beberapa kali sebab bawak balek barang macam dah nak abes belaja, sampai ta muat beg. huhu itu adalah betol. 100 marks untuk itu ye ibu.

terima kaseh kepada semua yang sudi memberi kad raya bagi mencantikkan lagi blog aku ni. haha =) kamu semua adalah sangat baek. maafin daku kerana tiada kad raya untuk korang sebab tadhe mase nak buat plus tatau nak buat. hahaha kejujuran kebetulan.

jadi, aku dah melawat beberapa blog kawan-kawan yang buat kad raya dengan niat untuk mengutip mereka semua. kalo ade yang aku terlepas pandang kad raya mereka, silalah bagitau. dengan penuh perasaan gembira aku akan terima kad raya korang tu okeh. haha =) oleh itu, terima kaseh ye semua.




ini adalah daripada yana kazama.

ini pula =) bro nizamsani. thumbs up!

it' me,little ain~

beransur pulih


lega.

aku baru sudah mandi. belom mandi lagi lepas balek dari hospital jitra semalam. aku dah tak tahan. rase macam tak sihat je badan ni. nak-nak bile tak basuh kepala. haih naik geli aku. dengan rambut keras, sebab darah kering maseh lagi melekat kat situ.

aku anta msg kat ibu. tanye, boleh mandi ke belom. ibu teros tepon, bagitau itu dan ini. die ajar aku camane care nak bersihkan darah kering kat rambut tuh. haih aku agak seriau la tapi ta boleh bia je macam ni. nak kene mandi gak. aku rase macam nak buat video call, bia ibu tengok aku mandi, boleh die tunjuk camane nak buat tu. tapi malangnye, kat rumah kitorang tadhe line 3G. al-maklumlah, dudok kat kampong, mane nak dapat sume tu.

agak lame aku kat toilet. sangat berhati-hati. pastu aku gi mengade-ngade kat bilik lilohoney. die tolong lapkan kepala aku. yang kelakanye, lilohoney pon takot gak, tapi die buat jugak. pastu sapukan ubat sekali. dengan penuh kasih-sayang *hahaha* betolkah statement ini lilohoney?

pastu aku tanye ibu, the dos and the donts pasal kepala aku ni. sekali, die bagi list yang boleh tahan demandnye, nak-nak pasal makan. jangan makan tu, jangan makan ni. kene makan tu, makan ni. yang ta boleh bla, makan ikan yang fresh. haha. ibu, mane nak dapat ikan fresh kat sini? kalo kat rumah, bolehla. sebab abah gi ke laut. tapi sekarang mungkin tak la kot, sebok keje, pose pulak tuh.

pagi tadi, aku bangun tido kerana bunyi hp. ghupe2nye msg dari shahrizan. haha mau gak aku gelak. msg yang sangat concern bunyinye. die suruh aku take care, banyakkan rehat. huahaha tidak ku sangka ye tuan-tuan dan puan-puan, shahrizan yang cakap macam tuh.

aku tak gi koke. tak gi meeting go-kart jugak. tapi abang fadli dah tau aku tak sihat. nnti akan bukak pose same-same ngan AJK bengkel pemantapan al-Quran. abang alep pon ade sekali. ngee~

it's me,little ain~

satu malam di emergency room hospital jitra.



post lagi.

aku training semalam. bukak pose dengan air sejuk dan cookies CNI. tengah-tengah training dengan kak syikin, kaki aku clash dengan kaki die, aku jadi tak stabil, nak jatuh. kak syikin mase tu pulak, dah tengah ready nak kick. bile aku nak jatuh tu, kak syikin takleh control, die terkick kat jaw aku, then kepala aku terhantuk atas semen foyer library, dengan kuatnya. aku takleh berdiri, nak bukak mate pon ta boleh untuk beberapa minit. tibe-tibe aku rase
kepala aku bengkak. kak yu cek kepala aku, die suruh aku menyandar kat kaki die. aku berdiri bile dah rase stabil. pastu, aku training lagi walaupon kepala rase sangat saket.

then training abes. kitorang timbang berat untuk UUM CLOSE 9hb 10 ni. ha ha. berat aku naek sebanyak 1.5kg, menjadikannya 41.5kg. oke la tu daripada 40, mcm ta makan je. then, aku balek sebab rase macam saket sangat, ta larat nak tunggu kak hayat ngan nik arash.

then, aku dudok kat cafe sementara tunggu abang alep. sangat lapa sebab belom makan. kepala sangat saket. tapi aku boleh je nak tahan. nak makan punye la payah, rahang macam senget. dalam pukol 1 lebih, aku pon balek ke bilik. mule-mule cari yong, nak tanye camane nak bagi ilang bengkak ni. tapi yong dah tido. then aku pegi bilik lilohoney. sambil menangis aku bagitau lilohoney aku jatuh, tapi aku menangis bukan sebab sakit tu. ade lagi mnde lain yang boleh buat kite menangis selain daripada saket tu. lilohoney datang kat aku sambil rase kepala aku.

lilohoney : eh2,bekok gile ni. tengok kak,bengkak gile kepala die (lilohoney bagitau kak eton,rumetnya)
aku : tulah, saket gile.

kak eton datang.

kak eton: aah la ain. bengkak ni.

tibe lilohoney tanye..

lilohoney : bakpe ade daroh kat tangan mu ni?

sambil tengok tangan,aku cakap..

aku: dok tau gok. pale ain saket.

then lilohoney suruh aku tunduk, die cek. dengan suara cemas, die kate kepala aku berdarah dengan sangat terok.
lalu kak eton bergegas tukar seluar sambil cakap..

kak eton : terok ni. kene bawak pegi hospital. akak pegi panggil felo.

sambil lilohoney menenangkan aku.

then, ketua blok kak ruby sampai. tak lame lepas tu, kakak ainee pulak datang. afy ade. kak ton pon ade. ezlin pon ade kalo tak silap. aku tengah blur-blur lagi mase tu, sebab aku ta tau jadi macam ni kan.

then diorang suruh aku siap-siap, felo akan anta pegi pusat kesihatan UUM. mira mase tu,baru lepas balek meeting untuk projek Ihya Ramadhan turun lagi untuk bagitau pengarah projek yang die ade emergency. die temankan aku gi PKU.

sampai kat sane, kitorang kene tunggu dalam 15 minits, barula ade orang datang. omG! it was a guy. a very young guy. aku boleh cakap yang die belom kawen, and dalam 23-25 years old je. aku dah frust gile dah. tak pasal-pasal aku kene bukak tudong, bagi die tengok. ain, itu adelah tidak boleh dimaafkan. tidak. tidak. tidak.

die cek. die cuci luka aku smbil aku meniarap atas katil orang saket tu. menangis. kawan-kawan,kepala aku dicukur sebab die tak nampak luka tu. tengah-tengah die cek, die beberapa kali sebut 'fresh blood'. aku tau la fresh blood because the blood keeps coming out. die inject aku kat lengan.

then, die ambek matric card aku. die tulis-tulis, pastu die bagitau felo yang aku kene bawak pegi hospital jitra dengan ambulans. Ya Allah. ampunkanlah dosa.

sesampai kat hospital jitra, aku masuk dalam emergency room. pastu yang ta boleh bla, MA yang bertugas malam tu adelah lelaki. lelaki oke. ee nak je aku menjerit, tanye takde orang perempuan yang boleh buat mende ni? sekali, kenela jahit.

i was like begging for him not to. aku dah ade experience kene jahit ni and i know it hurts. it hurts a lot. die bius kat kepala. sengal betol. pastu die cakap ngan aku, nak kene jahit jugak, sebab kalo tak darah tak behenti. then die kate..

MA : jahit ek. 1 je.
aku : sambil menangis yang tahap ta boleh nak cakap betol-betol, mira yang kene tolong cakap. buat slow-slow.
MA : ye, 1 je. (sambil inject kepala aku)

aku menangis bile aku terasa jarum tu masuk dalam kulit aku. ya Allah, ta boleh aku bayangkan aku melalui sume ni.

lepas dah setel sume tu, die suruh aku baring. die bagi ubat tahan saket dengan panadol sebab kepala aku saket, bukan pening. encik farihan carikan nasi untuk kitorang sebab aku belom makan lagi. aku tido dalam keadaan saket. kesian rumet aku sebab die cume tido atas kerusi je. aku tadhe hp sebab sume bateri empty.

pagi tadi dalam pukol 8, ade MA yang baru masuk bertugas, die bawak aku pegi x-ray and thank God, tadhe ape2. so dah boleh balek. tunggu encik izwan datang ambek kat sane. sesampai sahaja, aku tepon ibu. mau gak mengucap panjang beliau itu. aku tamau cakap dengan abah,belom ditahap bersedia. aku bukak hp,banyak miscall dan sms dari kwn2. rupe2nye coach aku pon berkali2 tepon, tapi sebab aku off, jadi die tak dapat reach aku. nik arash pon ade sms. lilohoney ade datang melawat walaupon sibok dengan study sebab die ade exam pukol 3 tadi. lalu aku tido setidonya.

waktu aku on the way pegi jitra tu, macam-macam aku pikir. camane kalau ade ape-ape jadi kat kepala aku. camane belaja nanti. camane mase depan aku. ibu dengan abah. aku dah janji nak jage diorang. aku nak grad kt dewan mas. nak jadi cikgu. nak kawen. nak ade anak-anak pandai. omG! aku pikir macam i'm going to die. end of the world. argh stop it ain.

*sigh* tapi ape pon, i should be grateful. i'm fine. saket sikit tu besela. bile jadi macam ni, baru aku sedar yang sebenarnya, aku adelah sangat disayangi. haha *mase untuk perasan. silakan muntah semua* betol ape, sume orang macam risau. sume orang tanye kabar. haih malu la pulak shaye. kahkahkah.

oleh itu, dikesempatan ini, aku ucapkan terima kaseh kepada semua yang terlibat. yang ambek berat. especially rumet, mira yang sangat kesian. penat die. tido atas kerusi. kene tengok darah aku. kene mengadap orang hospital yang sangat ta boleh bla. beberapa kejadian menakutkan dalam emergency room pagi tadi. kakak ainee yang tekejot. lilohoney yang sangat concern. afy dengan ezlin yang datang melawat tadi. yong jugak. juliey henniey yang macam nak
menangis datang tengok aku tadi. abang alep yang sangat bizi, tapi sempat gak tanye kabar. kak yu, coach aku ngan kak iman yang datang melawat. dila,nik arash,geng2 taekwondo. meor rashydan abdullah yang baru je msg tadi, agak garang,marah aku. haha 1st time. famiey tepon petang td. sape lagi eh? sume-sume la yang mengetahui dan bertanya kabar. terima kasih la sume ek.

aku berharap boleh secepat mungkin. tamau menyusahkan sape-sape especially rumet aku. kesian die. ari khamis ni aku akan gi PKU, benang dah boleh cabut. hoho =) doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.

it's me,little ain~

abah.


post lagi.

aku baru balek meeting bengkel pemantapan al-Quran, seperti biasa. projek bjalan esok, pukol 5 tapi sume dah kene siap2 before pukol 4 sebab ustaz datang pukol 5. oleh kerana exco projek ni, abg alep dan wan, pengarah projek takde, tinggalla aku untuk menguruskan ajk2 bawah aku ni. 1st time aku conduct meeting without abg alep dan pengarah projek. Alhamdulillah, sume bjalan dengan baek. 1 cabaran bagi aku untuk uruskan projek ni tanpa abg alep dan wan adalah kerana ada beberapa orang ajk lelaki aku tu yang tak berapa nak serius. kalo wan yang conduct meeting lagi laa, mau je aku marah diorang tu. tp semalam oke la, diorang mendengar dan tak buat bising. jadi keputusan yang diambil adalah selepas bengkel, kitorang akan membatalkan puasa, semayang maghrib dulu, then barula makan balek, dan semayang tarawikh berjamaah. *abang alep gembira dengan keputusan yang aku telah buat ni.. hahahahaha*

sebelom masuk meeting, mase aku on the way nak pegi bilik meeting, abah tepon yay! aku sebenarnye memang dah lame nak tepon abah, cume aku tak sempat. nak kate ade mase, entahla. mungkin jugak kot. sebelom midterm stat gun khamis lepas, ibu ade tepon tapi tak sempat nak cakap lame sebab mase tu diorang dah bukak pose pon. so, kitorang pon bercakap lah dan aku bercerita. abah tanye camane belaja, camane exam and so so tu lah kan. dengan tibe-tibe aku rase macam nak menangis. menangis sebab aku terase macam sangat penat. sampai abah ingatkan aku pasal balek raye next week, aku boleh cakap cmni, "eh tak, balek next two weeks la". aku lupe. betol-betol lupe. omG! tapi abah dah siap tolong kirekan hari puasa lagi eh. huhu kelaka.

aku cerita tentang hidop sepanjang2 bulan puasa ni smbil menangis. rase macam nak balek sekarang dan dudok2, bersenang-lenang kat rumah. sebab aku tau kat rumah aku tak pernah penat. aku tak masuk dapor, dan aku tak buat ape-ape pon. abah pujok, then he said this, "it's universtity life. u study, bukan buat mende laen". omG! such a wonderful father.

then abah pulak cakap die tak pegi tarawikh malam ni sebab kaki die kene gigit dengan lipan mase nak ambek daun pandan before gi masjid. lagila aku menangis. kesian abah. dahla arini keje. entah camane die pegi. *hopefully he's fine* i know he will be fine because he is my father.

then our conversation ended sebab abah kate, kalo bercakap panjang lagi, nnti aku tak benti menangis. we say our goodbyes and aku dudok kat tepi jalan tu dulu, bersihkan muka and walk into the meeting room confidently *lah sangat* haha takdela macam tu, bese-bese sudey.

lupe nak cakap yang kitorang actually bukak pose kat kuala perlis tadi. julie henniey, fayad, my rummy, mira, sue and me. huhu =) 2nd time pegi sane eh dalam mase tak smpai 2 weeks.
amboi ain, dah pnjang kaki dah. nnti aku dah ade lesen, lagila. tau je la, aku memang agak kuat berjalan.


dah nak bukak pose pon mase ni.

dan aku berharap untuk pegi lagi ke sini next time. hopefully by next time, it will be me yang akan drive. hoho mesti bangga dengan diri sendiri. *eleh ain. padahal dari dulu lagi abah suruh buat lesen, aku je yang sebok bejalan, postpone je kejenye, mane nak siap?*

^^ hari ni adelah hari lahir ahmad shafiqri ahmad zamri. dan aku telah terlupe. mungkin kerana midterm international management pagi tadi yang memaksa aku untuk lupe pasal mende laen. aku terperasankan tarikh ni mase nak tulis atas kertas soalan. ha ha. 1st time aku betol-betol lupe. selalunye tahun2 lepas,aku ingat je tapi aku wish lambat. buatla alasan yang aku lupe la, tu la, ni la,tapi sebenarnye aku sengaje cakap macam tu. hu hu =) ape pon, fiq, happy birtday~

it's me,little ain~

free from monster of stresS~



ingin bercerita. dari a ke z.

semalam aku tak pegi kelas HRM, lagik. haiya. takot kene bar. sebab dah tak pegi 3x masuk semalam *aku ade reason yang tak boleh aku state kat sini.

then tak pegi kelas business report writing jugak. ni baru 1st time la tak pegi. agak rugi jugak actually sebab kelas ni subjek fav aku sem ni. lecturer sangat best :)

tatau la asal aku decide untu ta pegi kelas tu semalam. jadi, out of 4, aku cume pegi 2 kelas shj. dua2 mid term next week. haiya. dua2 pon lecturer same. dua2 pon nak kena submit projek 22hb 10. *loads and loads of work to do*

then, last night aku ade midterm applied statistic kat DKG3/1. nak kate payah, tak jugak. lagi payah pengantar stastic mase sem 1 dulu. yang tu takleh nak buat teros. tapi tak boleh confident sangat. bese-bese sudey. jap agi kalo dapat terok, takdelah aku frust sangat kan, walaupon memanglah aku frust sebab aku tak tido petang semalam langsung, study mnde alah ni. salah satu subjek yang bakal dan akan mencacatkan result aku *sisih malaikat 44*

then, tibe-tibe mase tengah study dengan kak ija, mia, fayad ngan kak siti kat bilik kak ija, diorang cakap pasal McD, wlahal mase tu dah nak bukak posa pon. sekali, diorang buat idea gile, ajak keluar sebab esok *semalam, jumaat* cuti kat kedah ni.

then kitorang pegi exam pukol 8setengah. bile balek around 10 setengah tu, diorang betol-betol decide nak pegi alor star. sekali, fayad ajak aku. omG! agak tekejot la kan. nak pegi, tapi takot. aku tak keluar malam. kat uitm dlu penah, tapi tak pernah selewat tu. lagi satu, shah alam tadhe tempat sangat nak pegi. tapi kalo tak pegi, rugi. kat rumah memang ta boleh buat macam ni. jadi ape kate aku kelua je, cari pengalaman *lah sangat huhu*.

then, kitorang sewa keta pegi sane lepas sume dah siap-siap semayang Isya. cari punye cari mcD, tadhe 24hours. aiyakk bia benar tadhe? teganu pon ade tau. tapi la kan,aku rase bukan takde, mgkin kitorang tatau kat mane. then jmpe la KFC kat belakang pekan rabu tuh. kitorang pon decide untuk makan kat situ.

1st time kelua dengan diorang sume, sangat lawak. tak penah aku tau yang kak ija tu actually sangat lawak. ha ha. sume pon bestla pendek kate kan. lepas makan nak pegi lepak-lepak kat menara alor star, tapi tak boleh sebab port tu sume lelaki. takot jugak kitorang. jadi jangan buat masalah. dahla kelua tak gitau abah, kalo jadi ape-ape, mati aku nak menjawab. kelua tak gitau, malam pulak tuh.

then, kitorang singgah kat istana anak bukit, on the way nak balek uum. amek gmba kat situ dengan banyaknye. kitorang senggah jugak kat bangunan ape tatau, kat highway jitra. amek gamba jugak kat situ. tempat tu memang cantek. selalu kalo aku dengan mira naik bas, kitorang selalu la cakap nak singgah situ. dan aku dah dapat peluang tu. ghupe2nya malam lagi cantek dari siang :)

oleh itu, telah dengan rajennya aku mau menguploadkan pictures kami di tempat-tempat itu. sangatlah gumbira ye. inilah campus life. kite sepatutnya tengah bergembira dengan kawan-kawan, dan mencipta memory. nanti dah keje, konpem tak dapat macam ni lagi dah. tapi maseh aku beringat ape matlamat aku. priority aku. semoga tidak jauh menyimpang InsyaAllah.

ni lah some of the pictures. yang laen ade banyak lagi, but then too lazy to upload all. nak tengok meh datang ke bilik. hehe =)











with love,
it's me,little ain~

pictures di situ :)



these are some of the pictures taken.
location : kuala perlis
majlis berbuka puasa hardcore bersama MT kelab go-kart uum.



presiden go-kart uum,abg fadli :)

kami naek keta abg comel ni.




=)

it's me,little ain~

selamat berbuka puasa


diambil mase cuti aritu :)

post lagi.

arini buka pose agak meriah,ramai2 kat cafe makngah. pegi bazar pon same-same. ade fami,aizu,abg alep,meor,rumet aku and some other friends *malas nak mention*. dah lame tak lepak camni. mungkin sebab posa kot. lagi satu, mid term banyak sangat. bile dah jadi senior *lah sangat* ni, kelas pon tak banyak yang same. berterabur. jadi sume ade life masing-masing dah. tak sempat nak bertegor sapa. nak mesej pon takde mase. dekat, tapi rupenye sangat jauh.

jadi, that's why la kitorang bukak pose same-same arini. meor mule2 macam agak keberatan. aku tatau la asal kan. tapi last-last tu,die join jugak. *aku lega* aku tak nak ade ape-ape masalah dengan die. dan aku tak nak die pikir yang aku ade masalah dengan die.

aku makan dengan sangat banyaknye (teeettt macam tak bese makan banyak la pulak kan). nasi dagang yang tak macam dagang sangat plus popia basah fav aku plus air jambu batu kakak dengan abang yang panggil aku budak manja tuh *huhu ta boleh bla :P*

lupe pulak nak buat post pasal bukak posa kat kuala perlis dengan hardcore kelab go-kart uum last two days. nnti la, kalo ade mase *bukan berjanji dengan diri sendiri atau dengan sape-sape sebab nanti aku akan mungkir janji*. oke la diorang, not bad :) sangat happy dengan go-kart ni. aku pon rase macam boleh nak bagi komitmen sebab menda-menda macam ni adelah aku punye minat.

lepas raye akan pegi rafting kat gopeng, perak. sangat tak sabar. mende-mende ni aku dah bese buat mase aku dengan pioneer recreational club (PRC) dulu. huhu sangat tak sabar. banyak program yang go-kart akan buat lepas raye ni, so aku better siapkan sume esemen yang nak kene submit after raye ni cepat-cepat, bia boleh bersenang-lenang dan pegi ke gopeng dengan tenangnya *walaupon mase tu adelah beberapa ari before final aiyakkkk*..

rindu abah. rindu ibu. rindu semua.

selamat berbuasa kesayanganku sekalian :)

with love,
it's me,little ain~