2009-12-08

you!


nak tido. tapi tak ngantok. nak paksa-paksa pon tak boleh. pastu dok melangut atas katil ni tak buat hapehape. nak bace novel yang melambak-lambak ni, dah buhsan. dari petang tadi lagi aku mengadap reader's digest true crime briefcase ni. dah bape kali khatam pon encyclopedia The Origins of Words & Phrases ni haa. mujola aku ni peminat buku. kalo tak. mau je berhabok kat atas rak ni.

bile dah melangut macam ni. mule la otak pikir jauh. dah pikir jauh terbang entah ke benua mane, rase pulak nak nanges kan. mule la tu. eee tolongla. tolong la! i've had it enough. enough!

hiya. ade ke ubat nak cure penyakit aku ni eh? penyakit teringat kat intec boy yang sorang ni. eee haru betolla aku ni. tatau dah nak buat ape nak buat camane.

kan aritu dah janji dengan diri sendiri, dengan lilohoney dah takmau ingat die lagi. omG! i've tried so so hard. very hard. too hard. but still. saje je ko ni kan?

entah. tak salah nak ingat. kan?

hati aku memang dah penuh terisi dengan die. walaupon kadang-kadang dari jauh je. kalo dah depan mate tu. aku buat ta nampak je. kau senyum aku buat ta nampak. buat dunno. memang betol boleh menang Oscar Award macam ni. heh. Tuhan.. jenuhla macam ni.

tatau nak gune magic word ape nak tenangkan diri. tamau berdebar-debar macam orang parkinson dah dok ketuk-ketuk keyboard ni bile teringat kat die. who are you? where are you now? could you please just set me free? i'm letting you go. seriously. i give up. surrender. pleasseeeee...

tolongla. aku betol-betol nak sakit jiwa dah ni. bagi sebab paling konkrit asal aku kena ingat kat kau sampai kena nangis? air mata aku mahal tau tak!! ko kena bayar banyak ni. hutang!!

nak kena cari doktor pakar ape nak bagi ubat kat aku ni? nak kena cari kaunselor paling hebat mane nak bagi ceramah berabok kat aku ni baru aku boleh hidop tenang takyah nak pikir pasal kau pastu nak sedih-sedih pastu nak marahkan diri sendiri sebab perangai aku ni. haih *sigh*

kite takkan jumpe lagi. tak akan. never ever will! off you go. please?

p/s: ini bukan entry emo *eventhough i weep a bit* it's just.. i miss him. a lot.

-------------------------------------------------------------------------------------

the gaze. the smile. the sweet charming face. i just cant get you out of my mind.
they all appear like a movie. moving creatures. vivid. clear enough.
take me with you. places you go. every corners of your hiding place.
all melted with just a single. undescriable gaze.
you took my heart away. leave me heartless.
you got me. no doubt.
my heart is filled with you.

miss you.
it's me,little ain~

2009-12-07

hate you?


=)

as day goes by. i am getting older. mature. meet people. make friends. see everything in many ways. the most improtant thing, learn new things.

the past, the all are just a history. a good one is to be remembered and cherished. the bad one is to forget and learn. not to make the same mistake again.

----------------------------------------------------------------------

mukadimah yang tadhe kena mengena langsung.

nak aku cerita tentang kawan. aku = kawan. kawan = aku. mestila sayang kat kawan-kawan aku sume. heh. ayat macam dah belit-belit sikit. hemm. nak cerita pasal kawan aku yang sorang ni sikitla.

die kan kawan aku. haha :) tapi kadang-kadang aku nak cakap die bukan kawan aku. haiya. tadi cakap sayang kawan-kawan. abes tu camane neh? huhu. dulu. hati aku pernah terisi dengan die. oit oit. jangan tekejot. jangan salah paham oke. maksud terisi tu. sebab die kawan la kan. hahaha :P samela jugak dengan kawan-kawan lain. tak pernah aku bezakan sebab bagi aku. yang penting diorang paham aku dan aku paham diorang. Alhamdulillah setakat ni, sume pon paham aku.

tapi yang sorang ni. aku tataula. aku ta paham die ke, tak cukop paham ke hape, hentah. kitorang boleh cakap pasal sume benda dalam alam ni. takde masalah langsung. nak gadoh ke, aku hentam kau hentam pon tak kisah. takde sape nak marah nak kate ape. *takdela betol hentam menghentam tu. saje bagi hyperbola metafora what the food sume tu*

tapi kan..

asal kawan aku ni tibe-tibe jadi macam ni? berubah. mental. *tapi bukan gile. ngeee~*. fizikal apetah lagi kan? kahkahkah. oke, not funny at all. herm herm.

pastu kan kan kan kan. aku malas dah nak cite. boleh tak? ngeee~ *mengong plus mongok tak? cite separuh jalan je.*

tapi kan. aku nak cakap kat sini. aku nak delete die dari friends list aku dalam social network *tamau state ape social network. korang boleh consider banyak social network. fb. friendster. myspace. tagged. twitter. what ever!*
huhu boleh tak? boleh je... hehehehe =) mengong betol. memang! so?!

huhu =) aku penah buat dulu macam ni kat ahmad shafiqri *aku tulis lagi name kau dalam ni. so?* eh asal tne tibe-tibe macam nak cari gadoh pulak ni. hehehe *tapi kawan yang aku tengah citer ni takde kena mengena langsung dengan mamat neh tau.

dan aku rase tenang bile dah buat macam tu. seriously. hahaha :) sebab aku tamau ade kene mengena langsung dengan die tu. huhu. layakkah die dipanggil kawan oleh aku? herm aku rase kan.. die pon cakap mende yang same jugak kot kat aku. ngeee~ al-maklum. aku bukan kawan yang baek. lalalalalala~

bile pikir yang jahat-jahat macam ni. aku teringat pulak pesanan ismail yang ni.

"... why keep friends for foes in distance when foes-turn-friends can be sitting next to you and the next thing you know things are getting better and better..."

teringat pulak pesanan abang alep.

"... kalo orang dah buat kite macam tu, bia la. hilang sorang kawan. tak bermakne kite taboleh dapat 10 sahabat. kan?.."

waktu tu. aku tengah nanges sebab seorang kawan. hiya. pesanan abang alep teros masuk dalam kepala. telus. menusuk sampai ke dasar hati. takde tapis-tapis langsung. betapa aku rapuh waktu tu.

hapehape je lah. yang penting aku nak buat jugak.

bile direnung balek. dua-dua pesanan ni elok sebenarnya. tapi aku dah decide. aku pilih yang abang alep. sebab die terbaek. hahaha :P takde la. herm.. sebab bagi aku. kalo orang dah tak anggap kite ni kawan die. tempat die nak mengadu cerita serba-serbi. baik jangan la kan? dan. kalau dah sampai ke tahap mengkhianati tu. mak aih. tak rugi aku tak kawan dengan kau. eh. tu bunyi negatif dah tu. hihi :) i meant it anyway!!

oleh itu. pergila kamu. aku doakan yang terbaek. semoga kau lebih tau menghargai lepas ni.

p/s: all the days of wine and roses. are over. to be perfectly frank with you. i don't want to keep them with me. any of them.

kawan yang jahat = aku. and the rest. is up to you to.

it's me,little ain~

=) sengih separuh shahdu. terharu sume ade. kahkahkah!
2009-11-30

coretan mengarut semata-mata


Assalamualaikum.

huhu :) selamat petang malaysia. *takde kene mengene langsung*

telebey gembira sikit arini sebab akhirnya. boleh pon aku post entry baru. sori sesangat sebab dah lame tak update ape-ape. bukan takde ape nak cite. banyak sebenarnye. cumenye tau je la kan. bile dah balek rumah ni, memang online takde maknenye la kan. dah bape ratus ribu juta million lemon kali nak bagi hint kat abah suruh letak la satu kat rumah ni kan, boleh jugak aku online pagi petang siang malam sampai tak ingat dunia *eh,ade pulak macam tu kan*. tapi ibu kate. aku cume balek 4 kali 1 sem. sape yang nak gune mende alah tu nanti. *setiap kali. tu je alasannye*.

herm. sekarang cuti semester. lagi beberapa minggu tak sampai sebulan laa kan nak masuk semester baru. huhu semester ke 4 degree. ta caye. dah lame ghupenye aku belaja. tak dapat dinafikan sangatla buhsan. tapi buhsan tahap gile cipan asbestos pon, ta boleh nak buat ape jugak. still kene belaja. demi abah. demi diri sendiri.

jadinye aku dah sebok cari kaen nak buat kebaya. huhu seperti biase la kan. tak lengkap semester baru kalo takde kebaya baru *sebab aku tau kebaya aku paling chantek dan tukang jahit aku the best. hahaha :P*

aku balek rumah *teganu terchenta* 18hb november. sebelom tu, exam dah abes 12hb. then aku pegi penang. melawat kawan-kawan kat usm. it was a trip to remember *memang nak kene pegi lagi laa kan* thanks moon untuk sume sepanjang aku kat sane. ko memang the best. thanks ikram jugak la kan. sebab die dah bawak pegi bejalan sume tempat. penat gile tyme balek bukit bendera aritu. queensbay not bad. walaupon bagi aku sunway pyramid still the best :)

sampai kat teganu. ujan punye la lebat gile-gile. beberapa ari kat rumah, aku tak gi mane-mane. nak kuar pon ta boleh. ujan ta henti langsung. air naek kat belakang rumah. sampai tenggelam kandang lembu. siap maen bot lagi kat belakang tu ye kawan-kawan. abah antara orang paling semangat, turunkan bot die. hahaha ^^

then. bile dah ta ujan. macam bese la kan. reunion 3 bff. aku. zeri *panjang umor tibe2 online*. dan ain farhana. kitorang gi bandar dungun je. lunch kat kfc. jalan-jalan. cuci mate. pastu aku beli buku kaler-kaler untuk nazifa *aku jage die lepas spm dulu*. present sebab die dapat nombor 1. huhu pandai adek aku tu. dah masuk pre-school walaupon baru 4 tahun. anak cikgu la katekan. *that's why aku kene jadi cikgu. nak dapat anak pandai. ngee~*

then raye aidiladha. kitorang balek kelantan. *balas dendam sebab raye aritu kene pusing balek rumah walaupon dah halfway sebab abengoh accident* tapi takde ape sangat pon. cume sebab family ramai balek sane. that's why happening gile. except family mama dengan family cik yah. kalo tak.. konpem pecah rumah. rindu mereka sume. muahhhxxx ^^

then then. ape lagi? oo ya. tekejot gak aku bile dapat tau abengoh aku dah nak kawen. haha :) aku antara orang paling happy la kan. sebabnye aku memang ta sabar nak anak sedaghe. jeles tengok orang lain beli hadiah untuk anak sedaghe. aku pon nak jugak macam tu. dan InsyaAllah next year la kot? kahkahkah mandai je aku tolong atur-atur. die yang nak kawen. bukan aku. herm harap-harap rombongan merisik akan pegi dalam mase terdekat ni. sebab aku nak ikot jugak. nak cuci mate. mane tau kakak tu ade adek lelaki hensem ke kan? kahkahkah :p takde ah, gurau je.

herm. tu je la kot. actually banyak lagi entry events yang aku ta publish. sume yang best-best. tu la. suke sangat tangguh-tangguh. pemalas betol.

nanti cite lagi oke.

it's me, little ain~

2009-11-08

because this is my day~


=)

arini. november 8. secara rasminya aku berumur 20tahun. ha ha ^^ entah ape perasaan yang aku rase ni. seperti orang matang ke? takde langsung rasenye. happy seperti biase. budak bubly. mane boleh serious :P

semalam lepas mandi around 11.40, aku pegi bilik kakak ainee. bosan kat bilik bace human resource dari pagi lagi. dudok-dudok kat situ sambil bawak notes *nak bace lah sangat*. cakap-cakap. pastu die cakap nak pinjam charger ipod.

kakak ainee : ain. akak nak pinjam charger ipod. bule? *sambil berdiri*

aku : boleh je. jap ek ain gi ambik. akak dudokla. nanti ain anta sini.

kakak ainee : takpe lah.

*tengah jalan ke bilik aku. julie henniey datang*

julie : ain. i nak tips ob. why should i come instead of her? *referring to her friend*

ain : meh-meh akak masuk.

*aku bukak pintu. bukak lampu. sekali tekejot aku tengok kat tengah-tengah bilik tu. ade kek. dengan 2 batang lilin. ade kad. dengan dutch lady milk full cream. yay~*

ya Allah =)

tatau nak react camane. sangat tekejot. teros la aku menangis kat situ kan. memang aku tak expect langsung. tak langsung. aku ingat birthday aku semester ni akan berlalu macam tu je. atleast cume wishes from dearest family and friends. padahal. aku dapat kek lagi.

sebenarnya. kek tu room mate aku yang rancang. kitorang tak berapa baik beberapa hari sebelom ni. sedikit berkrisis. biasalah tu. dan die cuba untuk mintak maaf dengan cara tu. memangla aku menangis kan sebab bagi aku.. ape yang penting? ego aku ni haa. *haih. tak abes-abes* kak wani pujok aku tepon die, suruh die balek and celebrate together. tapi aku punyela tak nak mengalah. last-last julie yang tepon room mate. pastu baru aku suruh die balek. mase die sampai tu. muka die sangat miserable.

aku dapat present dari kakak ainee. sangat cantek :) frame. and of course la with our picture. haha ^^ yang sangat ta boleh bla. kakak ainee baru je ambik pic tu dengan aku night before that. aku dapat mug dari sumaiyah. *haha die ganti mug aku yang die pecahkan* mug cantek pulak tu. tak sampai hati nak guna.

yang penting. aku dengan mira dah elok. takde lagi masam-masam muka. buat tak tahu bile kat dalam bilik. dahla bilik sangat kecik. pusing kiri nampak ko. pusing kanan pon nampak ko gak. dah takdenye orang lain. oleh itu. aku ambik kesempatan ni untuk mintak maaf jugak untuk kejadian tu. aku cube membiasakan diri dengan keadaan kita yang sama tapi tak serupa ni. dan aku pon harap yang ko takkan buat macam tu lagi. rasenye sepanjang 3 semester jadi room mate ni, memang ko la yang paling tau aku macam mane. jangan diuji kesabaran aku ni.

anyway. tremendous tengs to room mate. kakak ainee. yong. kak wani. ina. yang menjayakan sume ni. aku terharu *siyes cakap* tak pecaye. marah. suke. sume ade. tengs jugak untuk beloved friends yang sent wishes thru message. thru facebook. even sampai sekarang pon. still dapat message. ade yang telifon . yang aku tak sangka-sangka akan ingat birthday aku pon wish jugak.

ha ha :)

nak jugak aku mention. moist cake tu sangatla sedap. memang mantap. two thumbs up ^^ kalo sape-sape nak buat surprise lagi. aku rekemen korang gi tempah kat kedai tu jugak. nanti aku tanye room mate kat mane kedai tu :)

aku takkan lupe event-event penting dalam hidop aku. ni lah yang aku maksudkan dengan university life. you got friends around you. travel. activities. networking. life is just wonderful. too wonderful to waste. too many things yang aku dah buat sepanjang kat sini. aku takkan lupe. in fact, i should cherish every moments.

and now i am officially twenty. as i am getting older. i know, there are a lot more to face. a lot more to come. and i should get prepared. i'll make improvements. and become a better person. i won't change. because this is me. i am becoming a stronger person. much more stronger than ever. together with the support from dearest family and friends and everyone who are dear and near to me :) *you should know that you are too special for me*

i'll handle things differently and control my emotions *especially my anger*. huhu ^^

and now i guess i have my life back in order again ^^

with love. hugs and kisses.
it's me, little ain~

2009-11-02

silakan bertahan :)


tertinggal akanmu olehku di situ.
lantas memori itu berkecai
menjadi segenggam rindu
tidak terlintas sedetik
walau sejenak. ia terjadi.

------------------------------------------------------------------------

kalut jiwa ini. ribut jiwa membadai seluas-luas pintu hati. tidak mungkin aku pasrah lagi untuk kali ini. akan aku cuba menggenggam segalanya. jangan dibiarkan berlalu sepi lagi. tidak untuk kesekian kalinya.

benar. kata hati tidak dapat ditepis. cubalah berdusta dengan cara apa sekali pon. amaran tentang hati telah aku sedia maklum. namun yang berlaku adalah sebaliknya. aku merasa terbeban dengan keadaan ini. terdesak untuk mengetahui keadaan dia di sana. sungguh jarak beribu batu. walau terpisah beberapa lautan. juga merentasi beberapa benua. tidak. aku tak patut mengalah. bukan sekarang.

aku harus bersabar. memberi segenap ruang. mungkin juga peluang. untuk dia berfikir. untuk aku juga. untuk kami sama-sama berfikir apa sebenar yang sedang kami lalui. haruskah perhubungan yang baik itu dibaziri hanya dengan sedikit salah faham. juga kesalahan dari aku. Tuhan. sesungguhnya aku akui. aku khilaf lagi.

terbaik yang aku patut lakukan adalah menunggu. tanamkan sifat kesabaran. bukan putus asa. jangan mengulangi kesilapan yang sama. prinsip diri tetap kukuh digenggam. namun aku harus kuat untuk melalui realiti. pengalaman mengajar erti hidup. juga mengajar makna kedewasaan.

it's me,little ain~

tentang hati


Assalamualaikum ^^

post ini terwujud setelah aku membaca entry pertama tentang cinta daripada lilohoney. terkedu. namun harus aku akui kebenaran kata-kata itu. syabas lilohoney :)

sebelum terlupa. merujuk kepada entry bertarikh 6 october lalu. suka untuk aku maklumkan bahawa dia telah menghantarkan perkhabaran baru. lantaran itu, berbicaralah dua hati *adakah? :)*. bertukar cerita seperti selalu. lantas, tiada apa lagi yang boleh aku ungkapkan selain daripada perasaan yang berbunga-bunga ini. gumbira. teruja bercampor menjadi satu. syukur aku lafazkan. kerana penantian akhirnya berpenghujung :)

betapa perasaan itu indah ;)

tapi tiba-tiba aku terasa aku telah membuat satu kesalahan. adakah ianya dikira sebagai khianat? rasanya tak perlulah aku catatkan di sini apa yang aku dah buat kerana takot akan ada pihak yang berasa tidak senang. aku cuba menjaga hatinya. menjaga hati yang disana. juga mencuba untuk menjernihkan kembali keadaan itu. ianya tidaklah tegang. di sini. tapi.. entah apa yang berlaku di sana. adakah berlaku gelojak jiwa? kerana itu yang sedang dihadapi aku.

*sigh*

aku manusia biasa. mempunyai kawan. berkawan kerana itulah hidup. penyeri suasana. sebagai pendengar waktu gundah. gelisah. sebagai teman menemani tawa. tapi aku tidak pernah bermaksud menyalah ertikan hubungan itu. tidak pernah. bukan aku main-main. tidak sama sekali. lalu. apakah yang aku harus lakukan? berkata yang benar? tidak. kerana kenyataan adalah sangat pahit untuk diterima. apatah lagi apabila kenyataan itu bercakap tentang hati manusia.

ya benar. manusia sekeliling melihat aku secara kasarnya berkawan. dan mereka menyalah ertikan hubungan itu. menyalah ertikan segalanya. walhal tidak mereka tahu dengan siapa lagi sebenarnya aku berkawan. aku punya hidup sendiri yang mana orang lain tidak tahu. hanya handai terdekat sahaja yang sedia maklum. mungkin.

aku bukan orangnya yang bercerita tentang hati. sekurang-kurangnya tidak sehingga ke dasar. telus ke akar umbi. tapi oleh kerana tidak itulah aku terjerat dengan keadaan sekarang. ingin sahaja aku menjernihkan segala, tapi bukan sekarang waktunya. mungkin.

hanya aku tahu diri aku. aku tahu siapa sebenarnya yang aku suka.

kerana aku manusia biasa. adalah fitrah berperasaan begitu. ingin dikasihi dan mengasihi.

keras luarannya. namun menafikan kata hati sendiri, itu tidak mungkin.
walau betapa aku mencuba mendustai diri sendiri.

it's me,litte ain~

2009-10-11

emas sulung


post lagi.

jumaat, taekwondo UUM CLOSE - aku pegi foyer library untuk tolong kak yue sebagai AJK (lebih kepade menyebok) dan nak bagi support kat kawan-kawan yang akan fight untuk UUM CLOSE ni. mestila aku tak akan lepaskan peluang ni sebab ni lah tournament pertama untuk fighter UUM since banyak tournament kitorang tak join dan ade yang cancel sebab H1N1 punye kes.

melalui jalan tasik sambil bawak body vest yang aku gune untuk training dari dulu sampai sekarang (sebelum injured), aku rase penat sangat. berpeluh-peluh. ye tuan-tuan dan puan-puan, ketahuilah bahawa stamina aku adalah ditahap NEGATIVE zero.

sampai je kat sane. perasaan aku jadi lain tau. nampak wahid (gold medal yang final dengan aku waktu di UMS OPEN) tengah kick target, aku teros dah jadi takut. haha :) nevermindla. aku pegi suke-suke, bukan nak maen pon.

pastu kak didi *the best manager* datang. die bagitau yang wahid main kategori fly, > 47kgs. fuhhh! aku lega sebab die dah tak maen kategori aku lagi kan. hopefully sampai bile-bile pon. tibe-tibe perasaan untuk maen tu berkobar-kobar. tihah dengan wahid dah pakse-pakse aku maen. balek ambik unirform and whatsoever. lagi la aku rase nak maen.

puti pulak offer uniform die kalo betol-betol aku nak main sebab puti tak fight kali ni, die cume bertanding poomse je. baru je aku nak tukar baju. datang pulak UiTM permatang pauh. aku nampak kayla. kayla tu main MASUM jugak last semester, die lawan ngan kak fauziah, die menang. dah, teros aku tak jadi nak maen. haha :) adelah dengan ini, aku mengaku aku sangat penakut orangnye.

tihah dengan wahid cube yakinkan aku yang kayla takde ape-ape. dan aku pon sedar yang aku adelah pemenang pingat gangsa *je* untuk masum, dan die takde ape-ape. lalu, aku mengambil keputusan untuk maen jugak walaupon aku tau yang aku sebenarnye cari pasal. determination saje tak cukup kalo takde stamina. aku tau tu. but still. bile mende tu dah ade dalam diri, ape pon aku harus jugak. the risk that i have to take.

dengan takde uniform, dengan takde ape, not even mouth guard, arm guard and whatsoever as i left them in the room, aku ambek scooter kak syikin, aku pecut balek bilik. rase sangat bersalah sebab aku sepatutnye tolong kakak ainee untuk majlis hari raya dan jugak bengkel pemantapan al-Quran aku diganti pagi tu. lepas semayang jumaat, event start balek. tekejot aku bile name aku dipanggil, bersame-same kayla. omG! takot gile.

aku siap-siap, pakai body vest ngan sweater, turun bawah foyer untuk warming up. aku rase sangat penat waktu tendang-tendang target kat bawah. macam dunia ni dah takde udara untuk aku lagi. aku pegi inspection. sume oke. lalu, bout number 13 dipanggil. dudokla aku di tengah-tengah ring tu bersama kayla dari uitm permatang pauh dan kak yue sebagai coach aku.

game mule. u dont know what i'm feeling. nervous. penat. takot. semua rase bergumpal menjadi satu. dengan ta pernah datang training, ta pernah joging, basically zero, aku fight. memang keje gile. tapi Alhamdulillah. aku buat yang tebaik :) betolla yang tihah ngan wahid cakap, kayla ta boleh fight. abes tu camane die boleh menang ngan kak fauziah kat masum? yang die tau, bengkakkan siku kiri aku ni sampai pecah darah. ta boleh bla. aku boleh dengar sorak suara kawan-kawa UUM. wahid ngan tihah adelah sangat supportive. thank you everyone.

masuk final. dengan student koke taekwondo uum sendiri. takde apelah. aku nervous jugak sebab dah injured, plus penat. kaki rase sangat berat. joging untuk warming up pon tak larat. haih. abang ian yang jadi coach aku waktu tu sebab kak yu di ring A, nik tengah final *clap clap clap*

lawan punye lawan. 2 minit untuk 3 rounds. exhausted. lalu, akulah pememang pingat emas UUM CLOSE fin female below 47kgs. omG! ta percaye jugakla kan.

saket badan aku. penat. lepas majlis penyampaian hadiah, aku nak balek. kak syikin suruh aku ambek scooter die, bawak balek kolej. aku balek. sesampai sahaje, aku baring-baring, cakap dengan rumate aku, gi bilik lin, lilohoney and sume-sume, barula mandi, pastu siap-siap pegi majlis jamuan hari raya sime darby.

penatnye ya Allah. aku ingat lepas aku lawan dengan kayla, aku nak termuntah depan kak yue, berkali-kali. kaki rase lembik. all out. *sigh* Alhamdulillah ape pon. yang penting aku bejaya. *tibe-tibe semangat nak beli baju dae-do berkobar-kobar* kah kah kah. sem lepas bukan maen lagi. kate nak pencen, sebab tu lah aku ta beli uniform tuh. herm herm we'll see lah next sem punye masum oke.

harus aku mention yang ramai sangat fighters UUM dapat gold medal. sume pon memang dah improve sangat sangat. justin dah best gile. berkat usaha. die menang poomse ngan gangsa kalo tak silap. nik pulak, memang deserve pujian la. die buat chop kick, double, tepat atas muke budak tu. ya Allah. best gile. maksud aku, performance yang baek. tremendous tengs to kak yu, for being such a very good coach, sangat berkorban untuk team fighter taekwondo UUM.

oopps! owh sebelom tertinggal something ~ yang penting, abah dengan ibu belom tau lagi pasal ni. yang aku ingat, abah ade kate, jangan training dah untuk sem ni lepas injured aritu. jadi, haruskah mereka tahu? ha ha. ta payah pon takpe kot? ngee~

nanti aku upload pictures yang kitorang ambek kat sini. video pon nak letak sekali gak kot. dalam facebook :)

it's me,little ain~

2009-10-06

kenapa.


terpanggil aku untuk post entry ni. walhal banyak lagi entry yang half-way tertulis,tapi aku tak publish.

dah lame aku dok pikir-pikir pasal mnde ni tau. it keeps bothering me tau. aku konpius beberapa minit.

it's about him. aku tataula ape yang actually dah jadi dekat die kan. aku risau. risau sebab dah lame kitorang tak contact, walhal aku dan die same-same online. tapi die tak tegor pon. last kitorang contact thru phone,sms'ing,mase tu 1st day puase. pastu dah takde. yang aku tau, die still kat malaysia,kuala lumpur. belom balek ke sane lagi. mase pose aritu,aku ingatkan die tak contact sebab die gi pose kat oversea. entahla,aku pon tak pasti.

aku terpikir jugak. aku ade buat salah ke? nak je aku tanye die,tapi itu bukanlah aku. Tuhan. entah kenapa aku sangat risau tiap kali pikir pasal die. padahal takde ape pon. aku percaye,aku sorang je yang tengah dok macam ni,walhal die rilek je kot. dulu, kalo bukak ym je, msti akan dapat offline msg die, tapi sekarang dah takde. ya Allah. sedeynye. apekah yang berlaku ni?

ape pon, aku berharap yang die oke kat sane. aku jugak berharap yang die akan bagitau aku bile die nak berlepas nanti. boleh aku bersenang ati sikit. kalo tak, aku hanya mampu doakan die selamat sepanjang perjalanan nanti.

it's me,little ain~

2009-10-04

mencuri sedikit mase


baru nak post?

huhu mintak maaf banyak-banyak sebab dah lame tak post ape-ape. since balek raye aritu lagi dah. orang laen sebok post entry raye. aku pon nak jugak post sebab aku telah beraya sakan tahun ni. ha ha. memang tahap puas ati betol.

keje banyak. banyak sangat. tak larat tapi kene buat jugak. semalam event go-kart. aku berjemor di tengah panas satu hari. pastu gi jengok booth permata kat ekspo konvo uum. penat. tapi camane pon, esemen kene buat jugak. akhirnye aku berjaya siapkan tutor kal dan tido awal *esemen belom siap dah tido* hiya ape nak jadi.

tu je la untuk harini. aku curi sedikit mase untuk post entry ni. nanti ade mase aku post lagi. mau bercerita pasal event semalam. hi hi. go-kart best.

it's me,little ain~
2009-09-17

tadhe lagi dah =)


post lagi.

baru balek, teros pegi lab. penat kot, tunggu orang CNI datang, aku beli cookies untuk ibu, semalam dah buat deal, aku b'bisnes. hahaha =) mira dah balek semalam, aku anta die kat changlun, mintak nad tolong antakan die ngan liza.

pagi ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun. sebab julie datang bilik, die punye flight pukol 8.30 am. aku mandi, shampu wangi-wangi sebab arini nak gi PKU, buang benang. yay! dah boleh balek dalam keadaan sedikit tenang sebab dah tadhe benang lagi. dengan konfidennya aku naek bas. pastu aku gembira la kan sebab aku ingat nak mintak doktor pompuan tolong buatkan. tapi sayang sekali. itu adalah harapan nusa dan bangsa sahaja. aku pegi kaunter depan tu. then aku cakap..

aku : akak, saye nak buang benang.

staf PKU : masuk bilik nombor 8. *jawab sambil senyum*

aku : masuk macam tu je? ta yah register?

staf PKU : *sambil senyum* ye dik.

lalu, dengan konfidennya aku melangkah ke bilik nombor 8 itu.

lalu.. aku hampa. tidak!!!! ghupe-ghupenye bilik nombor 8 tu adalah bilik emergency. dimana, that abang yang cuci luka aku tu ade kat dalam. patutla before this ta penah jmpe die. die keje dalam tu rupenye. omG! Tuhan, apekah ini? aku tamau!

ee,,geram betol. oke, aku admit aku happy boleh jumpe lagi dengan abang tu, tapi bukan dalam keadaan macam ni. maksud aku, bukan dalam keadaan aku kene bukak tudong bagi die tengok. haiya. mujo la aku shampu. pakai cantek-cantek arini. *apekah maksud statement ini?*

aku : abang, nak buang benang.

abang PKU : boleh-boleh. gi baring kat sane. *slang kedah+die macam tak kenal aku*

aku : ni bilik yang malam tu cuci luka ke?

abang PKU : bile entah? haa ye la kot sebab tadhe bilik lain dah. awat?

aku : tadhe ape. malam tu nampak macam lain je. macam bukan kat sini.

abang PKU : ade datang sini ke?

aku : ye lah. abang yang tolong cuci luka ni. khamis lepas. pukol 2 pagi.

abang OKU : hak mana eh? dah lupa.

die suruh ak baring. aku tak nak.

aku : dudok macam ni je ta boleh ke? *aku segan nak baring, pakai kebaya. malam tu takpelah, dah saket,bukan ingat ape pon*

sambil die cek kepala aku, die cakap..

abang PKU : owh hak ni. haa dah ingat dah.

dalam ati aku.. "yes!" haha :) aku nak die ingat aku. ta tau la knp kan. nak jugak aku bagitau yang die nampak sangat handsome dengan baju keje die tu. malam tu, die pakai jeans dengan t-shirt je. jadi bese-besen je la kan. haha lagi satu, muka die sangat innocent. then, kitorang sembang lagi sementara die tengah cabut benang tu. *agak saket la sebenarnye. mau gak aku jerit*

dah abes proses tu. aku cepat-cepat pakai tudong. pastu bile nak kelua, die panggil aku.

abang PKU : Nur' Ain..

aku : ye.. kenapa?

abang PKU : name Nur' Ain ea? *pandang aku sambil tunjuk surat dari hospital*

aku angguk. dan aku senyum kat die. senyum yang paling mahal sekali. ha ha ta boleh bla. entah apesal berbunga sangat ati aku ni. padahal tadhe ape pon. entah bile nak jumpe die lagi. kalo jatuh lagi, jahit lagi, boleh la kot? thanks, but no thanks. tak nak la aku jatuh lagi ke, ape-ape la. sebelom kelua, seperti biasa aku akan timbang berat dulu. and omG! aku turun berat lagi. padahal last week baru je timbang, 41.5 kgs. dan arini tibe-tibe die jadi 39kgs. ya Allah apekah yang berlaku ini?

lalu, pegi ke kelas seperti biase. FMA got class. FML kelas cancel sebab tadhe orang datang pon. then, aku pegi bilik lecturer Bussiness Report Writing, Mr Hilaluddin. huhu =) aku sebenarnye cube pujok die untuk cancelkan class. die share bilik tu dengan aku punye lecturer Process Writing last sem, Mr Malik. sembang punye sembang. lebih kurang sejam la. aku gagal pujok die untuk cancel dengan alasan arini waktu bekerja UUM adelah sampai pukol 1 je. kitorang pon menyembangla. die sangat best! die crite banyak mende aku tadi dan aku banyak belaja daripada die arini.

and Mr Malek tibe-tibe tanye aku..

Mr Malek : are you getting taller?

aku tekejot ngan soalan tu.

die kate
kat Mr Hilaluddin every time die jumpe aku, die nampak aku semakin tinggi. then die tanye kalo aku actually los weight ke. sob sob sob =( i did sir. sedey gile. this is not good. this is NOT good. *sigh*

then, kitorang masuk kelas. BRW. bincang final question. then we say our goodbyes, selamat hari raya and whatsoever tu kan. and pa'an, ijat dan aku balek jalan kaki together. aku gi mall, beli kuey raye CNI ni haa. pastu sampai la sekarang, aku kat dalam lab ni, update last blog before balek malam ni.

so.. what else should i say?

dah ta larat nak tulis lagi, nak naik atas, kemas barang. hoho =) i'm going home tonight. rase gembira berlipat ganda sebab baju raye dah boleh ambek. ngee~

oleh itu, aku ambek kesempatan ni untuk wish happy Eid to everyone. maaf zahir batin. dari hujung rambut ke hujung kaki. let by gone be by gone *itu adalah ditujukan kepada diri sendiri especially*. jempotla datang ke rumah raye ni, raye pertama tau. 2nd day dah balek kampong. yay!

to Mohd Faiz bin Abas, selamat hari raya. maaf zahir batin. kalo ade rezeki, nanti kite jumpe oke =) i'm actually looking forward for it too.

to my dear intec boy, selamat hari raya jugak. semoga berjumpa lagi. miss you. still. always.

to lilohoney tayunk, get well soon oke =) jangan demam-demam lagi.

doakan aku selamat sampai ke terengganu. dan selamat sampai ke UUM jugak next week.

it's me,little ain~