pria itu.

errr hai. again :)

budak ain mintak maaf sebab belom boleh tido. tadi cakap nak tido. tapi lepas makan kek, mana boleh tido kan? heeee :D

tadi masuk toilet nak gosok gigi *true story okayy*, pastu entah camane aku teringat balek time lepas spm dulu. pulak dah, nak bantai reminisce segala tengah tengah malam ni, heh! serius tak boleh nak tahan tahan dah nak kena bagitau jugak, takot lupa.

ni zaman innocent lagi la ni. lepas dah abes spm dulu dulu, abah anta aku pegi buat kursus komputer kat Inforana Kolej. pastu buat short course untuk English class sekali. lebih kurang tiga bulan la kan. dalam kelas komputer tu, takde apa nak cita sangat la kan. sebab memang boring. dia cuma ajar yang basic tu la. camane nak menaip dengan betol sume tu. tu yang aku memang terer menaip. hahaha penipu paling besar! taip tu ye la boleh, tapi tak betol laa penggunaan jarinya. so, aku tak layak jadi secretary. so, takleh kawen dengan dato'. kan? heee :)

point nak bagitaunya ialah short course English class tu. dalam kelas tu ada sorang laki, nama dia Badrulhisyam. haa aku bantai tulis nama penuh dia sebab aku confirm dia dengan aku dah takkan contact balek dah sebab dah terputus hubungan beberapa tahun yang lalu lepas masing masing dah completed the course, then pergi matrik and whatnot.

dalam group A ni, means kelas aku ni, ada tiga orang laki je tau. yang sorang tu si Bad ni. sorang lagi Amer (sekarang dia kat Alam, bantai pergi ngorat dengan awek cun kat Cape Town), lagi sorang tu undefined. tatau sapa dia sebab dia memang freakk. tak banyak cakap. tapi dia memang excellent. kalo tak silap aku, dia straight A spm aritu. sekarang dah missing in action.

so, si Bad ni, dia friendly tau. dengan semua kawan kawan pondan perempuan dalam group A tu dia cakap. tapi yang aku pelik bin ajaib dan hairan, dia tak pernah langsung nak cakap dengan aku. tiap kali aku tanya soalan ke apa, memang tamau jawab. aku ni risau laa, kot kot dalam mulut dia tu ada jongkong emas ke apa, takot jatuh bergolek kalo jawab soalan aku, susah pulak nak kutip balek, ye dak? pastu, kalo aku pass kertas, sengaja buat buat tak nampak? grrr! nak cakap buta, memang spek pon tak pakai. ish ish ish. ini olang pon ada kaa?

then, one day, aku tak tahan, aku tanya lecturer aku tu (sekarang jadi best friend, dah ada anak sorang) asal si Bad ni tak pernah nak cakap dengan aku. pandang pon tak nak tau. sedih aii nyah. then, lecturer aku cakap, "dia ada masalah tu.." grrrr! masalah hapenya dengan orang lain elok je bergelak ketawa riang raya.

then, sampai la one day, aku cuba lagi nak cakap dengan dia. dia diam. pastu tiba tiba dia naik hangen, pandang aku (straight to the eyes tau), pastu dia keluar dari kelas. heh!? what the hal mamat ni?

ghupe ghupenya, tau la aku yang sebenarnya, Bad ni ada masalah hati sikit. bukan barah hati ke apa. cumanya, dia pernah berchenta dan putus di tengah jalan, dengan orang yang bernama Nur Ain, sebijik fotostat muka aku, pastu suara pon merdu macam suara aku ni. si ain tu beralih arah kepada kawan baik dia sendiri. pastu, haku yang jadi mangsa kekejaman rejim zionis? ish ish ish. tak patot tak patot.

then, lepas kejadian tu, lepas teacher dah brain wash kasi kauuu punya, dia dah start boleh cakap dengan aku. boleh gurau. boleh nak ajak gi makan sama sama. ececece! tapi aku tak boleh nak makan dengan dia, sebab aku takot abah marah. hahaha! serius weh. nama lagi baru lepas spm masa tuh, memang sindrom-abah-ada-di-mana-mana-watching-you sangat kuat menghantui aku. jadi, terpaksa la aku tolak pelawaan dia. apekan daya. T_T

dan sekarang, aku tatau la dia kat mana. kalo tak silap, dia dapat matrik Pahang, kot? entah la. lupa dah. mula mula ada lagi contact sikit sikit thru phone (masa zaman aku suka lagi layan hp), tapi since buat asasi kat uitm, aku dah tak pegang hp dah. nak angkat tepon pon payah, ni kan pulak nak melayan mesej. sebab aku memang tak minat. lambat la nak mesej mesej ni.

aku harap, lepas ni dia takkan buat macam tu lagi dah kat sapa sapa yang nama ain. cukupla aku sorang je yang kena. kesian pulak rasanya. mujo la aku ni penyabar, kalo tak, mau gak aku sergah dia, "woii, kau tak nak cakap dengan aku ape kes haa? ko ingat ko bagus sangat ke..?" haaa, itu aku tak tipu. oh tak mungkin! heeee :D

walau manabagaipon, aku doakan dia selamat di sana. tatau la which part of Malaysia he's in now. semoga dia sihat sihat sahaja. semoga sudah selamat berjumpa dengan pengganti ain dulu. mungkin Tuhan dah tunjuk awal awal kat dia dulu yang that ain memang bukan the one for him. maybe ada orang lain yang lebih baik untuk dia. semoga berbahagia :) *errrr aku sedih ke ni? hehe! grrrr*

until then,


current mood : craving for A&W Root Beer Float and iced latte Starbucks.
=)

balek raya nanti, mau minum ni banyak banyak kat KB Mall. siapa mau? jom. cik ain mau belanja. :)

buenas noches!

it's me, little ain~

6 peeps' gossiping:

anish said...

haha. tingat ain penah cite pasal ni! :DD

hey, mane aci nk belanje time tabuley jumpe ni!!! wuuuu~

tp gambar itu sgt super cantik :D

little ain said...

aah. dulu, time uitm. waktu memang teringat sangat lagi laa kisah menyayat hati nih. huhu!

hehehehe! aah la kan? asal la kamu tak pulang cik kak. mau jumpa! rumah pon ada buat kenduri sikit kot nnti.

hehe! itu gambar setahun yang lalu kot. kat A&W kat parkson tu. thank you! :)

Syahmi said...

wakakaka suka post ini! :D

anyways~
hoiiii nk etek g kb mall suruh demo blanjo kawe! haha

Aleen Aiden said...

tengok gamba ade a&w,aku rase las aku merase makan a&w nih mase awl2 skola menengah.giler lame!hahah

little ain said...

tekan butan like laa. HAHAHA!

eh, meh la. kawe belanjo demo ni. demo balek ke dok?

little ain said...

aleen

huuu jarang je kot dapat makan a&w ni :)

jum jum, kite makan same2.