rambling post about last night

ha ha ha!

burok bebenau perangainya nak start conversation dengan gelak, bukannya bagi salam. macam tak menyempat yang amat. aku dah simpan dari semalam lagi nak gelak besar dalam blog ni. lawak laa. heh? belum apa apa, dah cakap lawak. aku syak kau ada simptom 3s, sengal syok sendiri. err kau? hihihi! kesian korang jadi mangsa.

Assalamualaikum sayangs! :) waras? eh, tipu tipu. salah soalan. sihat?

aku sihat terima kasih *tibatiba* i'm getting older. wiser. fatter (=.=')

cut the crap.

aku nak cita pasal semalam. aku baca Harry Potter gelak guling guling sebab lawak, yelah takkan nak nangis pulak kan, pastu aku masuk bilik, online, chat dengan bestie. tengah tengah cakap pasal apa entah, aku gi makan. waktu tu dalam pukol sebelas lebih la. jenguk luar bilik, memang dah gelap. ibu abah dah tido. aku makan dengan banyaknya sambil tengok tv. kebetulan ada csi siaran ulangan yang aku dah tengok tahun bila entah, aku tengok lagi. siap makan, aku dudok depan tv. tengah syok dok tengok si Mac yang bijak pandai buat keje, tiba tiba dunia gelap gelita. blackout!! gelap nak mati! *panic*

horror yang amat seh waktu tu. aku betol betol kemelut jiwa. ecececeh macam hape je.

tak tunggu waima dua saat, tak pikir panjang pendek, aku terus jalan teraba raba dalam gelap masuk bilik. tak nampak apa dah. aku ingat aku jalan straight, tapi aku langgar ampaian kain yang tinggi dia lebih kurang sama dengan aku sebelah kanan. pastu aku ke kiri sikit, langgar pulak dinding bilik abelong. tangan aku teraba raba. memang takyah cakap la betapa aku nak menjerit time tu, tapi sebab abah dah tido, jadi aku batalkan niat suci minyak masak cap murni aku tu, pastu panggil nama ibu. bila aku dapat pegang ibu punya tombol pintu, then aku dah boleh agakla mana bilik aku. terus aku panggil nama adik aku yang dah lelap kat atas lantai dengan comforter. memang takde keje tido atas lantai depan almari. aku pon dudok situ dengan peluh jantan mencurah curah sebab panas. kan takde kipas. grrrrr! 

pastu baru la abah keluar, setelkan apa yang patot, ambik lilin, tukar code tangki air *korang takkan paham apa mende alah ni kalo aku terangkan pon. abah buat teknologi sendiri*, and everything. aku waktu tu memang dah takot nak bagitau yang aku belom semayang. so, kalo takde letrik, maknanya, memang air tak naik la rumah kitorang ni sebab macam yang aku cakap tadi, teknologi abah sendiri, nak pam air masuk dalam tangki rumah kena pakai letrik la kan. so, aku diamkan je. aku dudok peluk lutut sebelah adik aku yang tak sedar apa dah tu.

dalam 10 minit macam tu lah, kipas pon terpasang balek. dunia yang tadinya gelap gelita, sekarang dah jadi terang balek. aku dengan penuh ktidakinsafan menerkam laju ke laptop, bukan nak pergi toilet ambik air semayang (=.='). see, teruk bebenau perangai. lepas dah dapat connect, aku onkan balek ym, pastu bagitau bestie aku pasal blackout ni. ghupe ghupenye kat rumah dia pon sama jugak. dah la kami sama sama dudok sorang. the thing is, dia takpe. lappy dengan bilik sebelah sebelah je. aku ni pulak, mau kena amazing race empat benua dulu baru boleh sampai bilik. yang aku paling takotkan sekali, time aku tengah dok raba raba dalam gelap tu, buatnya ada mende lain yang sambut ke. mau tak jerit aku macam kena sawan? tiba tiba kena pukau ke, pastu dia tarik aku masuk stor ke. grrrr! Nauzubillah, takot seh. aku bukan apa, tapi stor rumah aku ni, memang spot yang aku palingg tak suka. entahla, perasaan lain sikit ah kalo masuk sana even siang pon. 

sembang sembang kejap kat ym, then aku pon tak nak la pisang berbuah dua kali, kang tiba tiba blackout lagi, mati aku. aku batalkan niat nak mandi malam, pastu terus semayang. masa tu, memang berbelah bagi betol perasaan. aku dah la feveret mandi malam. nak mandi, takot blackout lagi. kalo betol blackout lagi, aku sanggup ketuk kepala dengan botol syampoo biar pengsan terus je dalam toilet tu. takyah susah susah nak jerit ke, nak keluar cepat ke. haru betol. lepas dah gosok gigi semua, aku pon masuk bilik sambung baca Harry Potter dengan harapan aku akan tetido macam tu je. takyah tutop lampu. takot. huuu! 

pengajaran yang boleh aku ambik kat sini, jangan tangguh semayang. kang bila dah darurat malam ni, mati la nak menunggu sampai esok pagi. tu pon kalo letrik idop balek. kalo tak? mau aku kena tetak parang ngan abah jap agi. lagi satu pengajaran, jangan makan lewat lewat malam, boleh buat buncit. huhu okayy, takde kena mengena dengan kes di atas. hihihi =D herm, selalu lah pegang handphone kat tangan, jangan letak merata rata. lampu handphone tu berguna time time kecemasan ni. nak nak kalo ada blackberry torch, tak ke bagus tu? boleh main suluh suluh lagi, ke guane hamzah ian? hehehe!

sekarang aku sedar yang entry ni tak lawak langsung. kui kui kui.


aku membayangkan aku macam ni la semalam. tapi teruk lagi.

everyone, have a good day!

it's me, little ain~

8 peeps' gossiping:

Ariffin Janal said...

hahahaha sape kate tak lawak. amazing race 4 benua kat dlm umah eh? --"

little ain said...

sebab rumah banyak sangat space. macam kotak pon ade gak. satu petak satu benua la kan. hehehe :)

frogprincesz said...

hehehe...ain2...seb bek blackout jap jek...law lme...no comment la..heee~ =P

zEri sAfEerA said...

wakakakaka :)) bilik sebeloh pon ain, tp duk pggl mok org macam. hehe :D mujo ye x bangun

ain, org takot time nk selok lgsir bilik org. takot ade org pgang tgn dr dlm bilik. kuikuikui :D

otok biol. g mikir kalo2 ade org sabotage. ceh. ekpon mcm ade bunyi plik kat luo rmh.

org siap lelap doh ain sebelum ade api mula 2. mujo gok time ade api 2, ye jd 'lah' depan muke. hahaha ^^

anish said...

terbayang2 ain cite ni, kan da ckp, penuh bersemangat! hehe


*like!*

little ain said...

dila

haha! tau takpe. tu pon dah berpeluh macama ape je. kalo blackout lagi, memang ain jerit paling juat sekali. hee!

little ain said...

kak pirah

hahaha jangan main jadi jadi gitu. kang sekampong dengor kekgi. haha!

hor, memang takot gitu ah zeri. kang ade je hok iced beku pegang tangan. memang selok.

little ain said...

kak anish

haha! tau takpe. memang nak citer dari semalam lagik dah. tapi tak boleh. adrenalin rush yang amat. hehehe!

hugs!