Q vs Q

Salam sejahtera :)

letih lain macam arini. penat tangan aku dok menggendong si comel Amirul Aiman. anak kazen aku. serius comel oraitt. baru je bape bulan tapi dah berat 8kgs. berkat susu ibu. hensem yang amat, just like his father :) erkk, puji suami orang? mati aku kalo kazen aku tau. miahaha :)

kazen aku baru je umor 22 waktu dia kawen, which was last year. husband dia pulak 23. muda. kan? aku takleh imagine dah kawen di alam muda remaja macam ni. anyway, ini disebabkan faktor aku masih lagi belajar, that's why la kan. sebab tu takleh nak imagine sebab aku takkan kawen dalam masa setahun dua ni InsyaAllah. in fact, nak mulakan satu perhubungan pon payah bagi aku. perkahwinan, bukan mudah. memikul tanggungjawab yang besar terutamanya si suami. sekarang dah jadi ayah, tanggungjawab terhadap anak dan keluarga pulak. berat tuh. tapi Alhamdulillah, tengok diorang macam bahagia yang amat. seronok bila tengok orang berteman. berdua. maksud aku, dalam konteks berumah tangga. sebab itulah yang paling diredhai Allah. menghalalkan setiap perbuatan.

"tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah".
(HR Ibn Majah)

anyway, abes dah intro. agak panjang kan.

regards to the title. quantity versus quality. apa yang aku cuba nak sampaikan di sini sebenarnya?

alkisahnya. tadi aku dudok kat kedai roti mak sedara aku. then dari dalam kedai tu, aku boleh dengar dengan jelas yang dia tengah marah marah kat anak lelaki dia. suruh semayang. suruh itu, suruh ini. yang menyebabkan api kemarahan dia ialah, dia dapat tahu yang anak dia (sepupu aku) baru umor 12, dah pandai hisap rokok. bila dia marah marah tadi, anak dia menjawab. memang serius aku cakap selamba tahap tak ingat menjawab. walhal baru umor 12. in fact, mak dia tu, memang bapak punya garang. haih anak anak zaman sekarang. suma macam tu ke?

jadi, aku teringat pasal 'quantiti vs quality' dalam buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal [klik].

"mengejar galakan Islam pada meramaikan anak, atau memastikan anak anak dapat dibesarkan dengan selamat di fitnah akhir zaman ini?"

(Ustaz Hasrizal, Aku Terima Nikahnya, 2010)

risau. kan? berbalik semula pada cerita di atas. bila aku dengar apa yang mak sedara aku marah marah tadi, aku jadi risau. bimbang. tentang aku. masa depan. anak anak. yes, anak anak aku pada masa hadapan nanti. corak jenis macam mana pulak yang aku akan dapat? mak sedara aku selalu cakap dia nak panjang umor, nak tengok macam mana generasi anak anak aku nanti. baik ke. buruk ke. macam mana aku nak handle anak anak nanti? memang benar kata kata Ustaz Hasrizal buat aku berfikir panjang. kata kata dan api kemarahan mak sedara aku pon sama. bersatu menjadi segumpal kerisauan.

dalam hadis Jibril yang panjang disebutkan pula sabda Rasulullah saw.

"Artinya : Dan akan aku beritahukan kepadamu tanda tanda hari kiamat itu ialah apabila wanita melahirkan tuannya... "

(Shaahih Bukhari, Kitab Al- Iman)

lalu, bagaimanakah keadaannya anak anak aku nanti? mampukah aku mendidik mereka dengan baik di akhir zaman ini? warna, jenis apa, dan corak yang macam pulak yang bakal aku terima nanti? bagaimana caranya yang aku harus lakukan supaya anak aku kelak berakhlak baik? tinggi budi pekerti? dan yang paling penting, mentaati Allah swt, disamping menghormati aku sebagai ibunya.

aku tak mahu menjadi ibu yang melahirkan tuannya di akhir zaman ini.

cukuplah dengan anak yang sedikit kuantitinya, namun tinggi budi pekerti dan elok budi bicaranya berbanding tinggi kuantiti namun menjadi tuan kepada aku, ibunya sendiri.

aku mahukan anak anak yang baik. taat. patuh.

"kerana langkah pertama dalam mendidik anak anak ialah menyediakan ibunya yang baik."

Tuhan, lindungi aku. kurniakanlah aku jodoh yang baik. lelaki yang soleh.

"jodoh itu, rahsia Tuhan yang paling indah.."

semoga.

Wallahualam.

it's me, little ain~

12 peeps' gossiping:

incik said...

"jodoh itu rahsia tuhan paling indah"
indahnya dengar.=)

little ain said...

kann :)

Amir Syahir said...

nk kawen muda.

little ain said...

tipu laa hiro!

laki mane boleh kawen muda. especially you yourself, tengah study.

i dont think u will marry in this 4 years time. hahaha *pandai pandai buat statement sendiri*

Syahmi said...

kan? sejuk je dgr ayat tu...

anish said...

sgt indah :)

little ain said...

syahmi

kaann. aku pon suka. sejuk hati dengar.

:)

little ain said...

kak anish

thank you hun!

THESUPERMOON said...

rahsia Allah paling indah
jom cepat-cepat kahwin jom ;p

little ain said...

moon. kau tau kan, aku takot nak kawen, huhu.

THESUPERMOON said...

jangan2, jangan takut. nanti kita buat pillow talk pasai kawen naa. hehe. :)

little ain said...

haha nak gelak dekah dekah.

ade pulak jangan suruh aku takot, cakap macam tu, jangan jangan. kelaka laaa!

huhu okies okies :) share ilmu pengetahuan! kihkihkih