Selamat Pengantin Baru, ain kak izi :)

Selamat Tengah Malam dunia :) heeee~

Alhamdulillah, baru je siapkan assignment. i'm free! even though not so free la kan as i have two papers to sit this october 1st.

okay, seperti yang dijanjikan, entry kenduri kawen kak izi pada hari Khamis, 16 september 2010 lepas, bersamaan syawal ke 7. ke sana naik sebuah van dengan sebuah kereta seramai beberapa (belas) lagi yang lain.

sedikit info pasal kak izi la kan. huhuhu aku confirm ni illegal tapi nak jugak bagitau yang basic-basic je eh. kak izi umor dua puluh tiga tahun. student teyl kat maktab penang. camane aku boleh kenal kak izi? sebab maktab tu buat twinning program dengan uum, so kak izi datang sini lah kan, untuk dua tahun. masa aku sem dua, kami sama-sama terpilih untuk jadi facilitator kat agro resort, setiu untuk program Amazing English anjuran Yayasan Terengganu. basically, memang anak Terengganu la suma kat situ kan. setiap ipta kat Semenanjung haros hantar wakil untuk program ni. then, kami bersama-sama membangunkan balek Persatuan Anak Negeri Terengganu di uum terchenta ini. waktu tu, hanya kami sebelas orang sahaja. bayangkan perit jerih kami waktu tu untuk menghidupkan kembali persatuan anak negeri ni yang waktu itu diterajui oleh Abang Jabar, sebagai Yang Di Pertua. dan selepas dua tahun di sini, kak izi dah pon kembali ke maktab untuk setahun lagi pengajian kat sana sebelom grad dan jadi cikgu. dan sebelom sempat menerima segulung ijazah, kak izi berkeputusan untuk menamatkan zaman bujangnya, untuk hidup bersama-sama dengan suaminya, iaitu Mohd Alif Mamat. sangat la sweet ye. bila aku suruh posing nak ambek gambar diorang, mesti jari mereka akan bersulaman. huuuu shahdu pulak hati aku. erk, apa hal aku pulak touching lebih ni kan. anyway, tahniah diucapkan. Selamat Pengantin Baru, Kak Izi dan Abg Alif. semoga bahagia hingga ke anak cucu, bersama ke akhir hayat mengharungi kehidupan yang pastinya payah ini. erk, oke dah la tu kan. aku rasa macam aku ni emcee pulak, dok reveal diorang punya identiti kat diorang punya wedding day. miahahaha :)

anyway, meh la aku akhiri entry tengah malam ini dengan menyakitkan menjamu mata anda sume dengan gambar(-gambar) aku lah yang pastinya kan. enjoiceee! heeee~

itu lah al-kisah tentang majlis kawen itu. semoga kak izi dimurahkan rezeki dengan kadar yang bersegera :) tapi yang pasti bukan dalam masa dua tahun pertama ni kot sebabnya, nanti haroslah ditangguh pengajian sudah hampir habes ini.

ini orang tengah termenung sambil sengih, pikir bila pulak dia nak kawen. vavavavava~

p/s : gambar telah diedit dengan sesuka hati aku je. main hentam aje. banyak lagi picture lain, boleh tengok dalam facebook.

mau naik atas, cek rumet, takot kena kidnap tengan malam ni. heee :)

good night!

it's me, little ain~

0 peeps' gossiping: