it's Saturday,

but i still have a lot to tell about Thursday and Friday. so, better move on. i'm afraid this entry is going to steal some of your precious time and get you glued to the chair.

*sebenarnya nak tulih entry ni dalam bahasa Melayu je. intro gedik nak spekong. hahahaha*

Khamis

kan aku cakap nak keluar pegi Alor Star. lepas dah post entry lepas, terus aku mandi, pulangkan broadband Yong, bersiap-siap nak keluar. tengah tunggu bas, halangan yang paling besar pulak mendatang, iaitu lilohoney, aku gerenti dia takkan bagi aku keluar sorang-sorang punya. sesi Q&A berjalan untuk beberapa ketika sehinggalah bas UNIC (sejenis company bas yang bawak students uum ke DKG) dan bas Darul Aman (sejenis bas yang bagi kemudahan students uum dan seluruh penduduk kawasan Kedah utara untuk ke bandar) datang, kitorang pon bergerak ke bas masing-masing. masa lilo tengah panjat tangga bas, aku pon cakap ngan dia aku nak pegi alor star. hahahaha! yes, tak payah kena bebel. paling terok pon, balek nanti la kot, kena dengar ceramah sikit.

dalam bas on the way pegi sana, ada la segorombolan budak-budak sekolah naik bas. aku yang tengah tido, terjaga sebab ada sorang budak ni, cakap bapak kuat gilerr, sampaikan telinga aku yang kena sumbat dengan earphone pon boleh dengar. aku syak volume controller dia hilang skru ah. hangen betol aku waktu tu. memang aku bagi jelingan paling seksi maut sekali, tu pon tak paham gak. kalo boleh, biar satu bas tu dengar dia cakap pasal sorang mamat naik scooter kaler putih pandang dia. cess! bajet lawa la tu? muka pon beringus lagi. haih. budak kampong baru nak up macam tu la. low class betoi. haaa ambik kau. geram aku. mujo aku tak snap gamba dia. kalo tak, free-free femes masuk blog aku.

pastu sesampainya di Pekan Rabu, aku baca doa banyak-banyak, semoga aku dilindungi dari sebarang malapetaka. tak dapat dinafikan lagi, aku memang happy kuasa lapan puluh dua bila dapat jalan sorang-sorang. aku memang power alone ranger. seorang yang suka jalan sorang-sorang. i had all the time in the world for myself only. tak payah nak tunggu orang, tak payah nak pilihkan barang untuk orang lain. tak payah nak jadi consultant-tak-berbayar untuk barang yang diorang nak beli walhal they end up beli something yang langsung bukan taste aku.

destinasi pertama, aku pegi City Plaza, kedai jeans. saja cuci mata. next, pegi Popular. HAHA! aku seronok seh. tempat paling favorite aku dalam dunia. tak kisahla Popular ke, MPH ke, Borders ke, suma aku layan, as long as it's a bookstore. lebih kurang sejam lebih kat situ, then aku decide untuk beli The Seven Secrets of Happiness by Sharon Owens. dapat less sempena merdeka sebanyak RM8.00, menjadikan buku itu berharga RM27.50 sahaja. toing toing melompat kegembiraan.


then, aku pegi Pacific sambil berjalan kaki di tengah kepanasan. tak bawak payong, mahu gak rentung aku kat situ. lalu depan gerai-gerai yang jual air kat tepi jalan tu, aku rasa macam nak lompat masuk dalam tong air diorang, berendam dalam ais tuh, memang cool gilerr ah. jalan-jalan dalam Pacific, aku ke tingkat empat. tujuannya adalah untuk mencari sehelai jeans Levi's. tapi malang betol nasib aku, Levi's untuk ladies takde kat situ, tapi Kat Alor Star Mall. *sigh* memang menduga kesabaran di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. berkobar-kobar semangat aku sih. huuuu nak nanges mengenang nasib diri di rantauan. serious aku keciwa. brokenhearted.

hilang mood untuk shopping jeans, terbang semangat nak mencari beberapa helai t-shirt, aku pon pegi membawa hati yang lara sekali lagi ke Popular di Pacific Mall. apa lagi, memang satu hari dihabeskan di situ je lah. sampai bersila atas lantai mengorek segala novel atas rak. membilang-bilang novel mana lagi yang aku nak, tapi belum beli. aku pandang novel Cecilia Ahern sebelah mata je, sebab aku tau dia belom keluarkan buku baru lagi so far dan aku dah ada all of them. hehehe memang die-hard fan lah dengan Cecelia nih.



aku pasti akan beli semua buku dari Tony Parsons ini sebab beliau memang best! :)

korek punya korek, jumpa la buku yang aku nak yang amat, 10 Reasons Not To Fall In Love by Linda Green. menyesal aritu tak beli. ghupenya dia nyorok paling bawah sekali, tinggal satu je pulak tuh. teros aku rembat.


dudok lagi, belek lagi, jumpa pulak dengan The Good Bride Guide by Matt Dunn. huhu macam syok je citernya, teros aku grab.


lepas lebih kurang tiga jam kat dalam tuh, aku pon bangun, bawak pegi cashier, then bayar tutop mata. mujo ada membership card, dapat less lagi. Alhamdulillah, dapat tiga biji novel yang berharga kurang dari Ringgit Malaysia seratus instead of a pair of Levi's jeans and t-shirts.


lepas tu, teros naik bas ke Shahab Perdana, ambek bas Mara Liner balek ke uum. thou sesak dengan bebudak asrama yang nak balek, aku sempat je tido. sampai bilik around six, dudok lama-lama bawah air, rendam kepala, baru la rasa lega. pukol tujuh pegi cari nasi kat cafe, bukak posa dengan linn.

Jumaat

aku bangun sahur ye tuan-tuan dan puan-puan. HAHA! macam tak caye dengan diri sendiri. ye lah, dahla dudok sorang-sorang kan, rajen pulak nak bangun. tido pon entah macam apa je semalam, baca 10 Reasons Not to Fall In Love. tak gosok gigi pulak tu. vavavava!

bangun tido balek around nine gitu. dah rendam baju segala, nak balek malam ni. berkobar-kobar semangat ni. tengah nak mop bilik, lilohoney suruh kemas barang cepat sebab bas dah datang, nak gerak lepas Jumaat. pergh! terbaek betol. dan-dan je bagitau lepas aku dah rendam baju. huuu T___T

kemas punya kemas, akhirnya pukol tiga, aku, lilohoney dengan kak ton, jalan kaki berjemaah pegi masjid uum, bas tunggu kat situ. huuu agakla nak patah dua kerat tangan ni. Nike Max Air pon tak mampu lagi nak memberikan keselesaan kat atas bahu. memang la nak roboh bahu ni haa.

loleh loleh, pukoi empat tiga puluh baru gerak ke Butterworth, ambek kak ummu dan abang namiey. ni otai-otai dan orang kuat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di uum dulu. waktu tu, hanya aku dan sepuluh orang je yang telah bersusah payah menaikkan kembali persatuan ni. sekarang, kami semua dah mantan, bagi pelapis-pelapis pulak untuk menerajui dan mengembangkan lagi persatuan ni. diharapkan jangan disia-siakan begitu saje ye.

Sabtu

akhirnya, selepas melalui waktu-waktu yang sukar seperti memanjat gunung-ganang bukit bukau di kawasan Grik pada tengah-tengah malam, dalam keadaan hujan renyai-renyai yang agak lebat jugak, bukak puase dalam bas sementara nak tunggu jumpa kedai dan sahur di kala hujan renyai-renyai, sampai la kami di negeri Terengganu darul Iman yang indah permai lagi ni pukol enam pagi tadi. memang benar la perjalanan kami sangat lama, lebih kurang tujuh belas jam. tak dapat dinafikan letih yang amat. dan adalah sesuatu yang membanggakan walaupon pelik bila tengok bandar Kuala Terengganu tadi jem yang amat sepanjang lima puluh meter sahaja, tu pon kat area stesen bas tu. sebab sume orang pon balek arini, dengan basnya, dengan keretanya. macam-macam. tapi sampai je kat Bangunan Pmint, teros lengang takde keta langsung. haih. itulah dia Bandaraya Kuala Terengganu. tak pernah-pernah jem gitu ea. agakla nak jadi KL sikit dah tu. hahahahahahaha!

sesampai di stesen bas, aku tepon abah. rupa-rupanya kesayanganku itu sudah berada di surau sejak jam empat pagi lagi ya tuan-tuan dan puan-puan. cekalnya hati beliau meredah kegelapan pagi di hujan hari untuk ambek anak beliau kat stesen bas. punyela tak harap aku dudok sorang-sorang, walhal beribu lemon lagi manusia lain kat situ

sesampai di rumah, aku salin baju, tak ingat dah nak gosok gigi segala, yang penting, hajat kena tunai dulu. ambek bantal, teros tido, sampai zohor hampir melabuhkan tirai. better bangun sebelum abah kejotkan untuk kali kedua, kalo tamau dengar ibu membebel.

oleh itu, berbuka la aku di rumah arini, dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan. aku percaya orang lain pon sama jugak, kan. jadi tak payah nak berbangga macam aku sorang je yang ada kat rumah sekarang, walhal orang lain dah balek since ari selasa lagik.

dah penat menulis, dah penat mengarut. sekian :)

p/s : aku memang gila novel. harap-harap by the time dah grad, and dah dapat keje of course, aku dah dikira layak untuk memiliki mini library dalam rumah :)

p/s/s : maafkan sebab gamba novel-novel di ambil dengan ala-kadar sahaja. aku lebih berminat nak ambek khemah-khemah jual baju di sepanjang Pekan Rabu tu sebanarnya, tapi tak tersnap sebab panas sangat. mood hilang teros.

p/s/s/s : huhu sorry jugak sebab panjang sangat membebel.

it's me, little ain~

2 peeps' gossiping:

yang tersebot said...

psssttt bley ar pnjam nvel 10 reason not to fall in love again.. mcm menrik jer huhuhuhuh

little ain said...

herm. entah ar ima. macam tak mencabar sangat je citer tu. macam terbalek pulak. suppose perempuan tu yang tak nak fall, ni die pulak yang gi cari laki tuh. hiya.