tidak berjudul

post ini akan ditaip dengan selaju yang mungkin.

aku baru sampai dari Seremban semalam. sekarang kat uum untuk menghabiskan perjuangan terakhir, iaitu final exam statistic gunaan. aku post ni takot nanti orang cakap belog ini dah mati. huhu tidak tidak. belum lagi ye tuan-tuan dan puan-puan. cumanya, aku tidak berkesempatan untuk menjenguk belog sendiri apetah lagi meluangkan masa untuk bersantai dengan membaca entry-entry kalian semua.

InsyaAllah, lepas segala perjuangan selesai, aku akan kembali megaktifkan diri dalam dunia seni lakon penulisan mengarut di belog ini. aku akan kembali ke bumi asal kelahiran iaitu negeri Terengganu Darul Iman yang terchenta pada 2hb ini, selepas selamat menduduki peperiksaan akhir statistik gunaan yang membunuh itu.

banyak sangat yang ingin aku coretkan sepanjang hampir sebulan di sini selepas tamatnya satu lagi sesi pengajian aku di uum ini. setiap program-program yang aku sertai akan aku coretkan beserta dengan gambar-gambar sekali. huhu :) gembira rasa hati kerana apa yang aku usahakan membuahkan hasil, walaupon dari segi pendapat peribadi, aku tidak berpuas hati dengan kejayaan yang tidak seberapa ini. namun, apakan daya, aku mencuba yang terbaek.

sekian buat masa sekarang.

it's me, little ain~

1 peeps' gossiping: