SOALAN :
ustaz, ketika belajar di universiti, saya ditempatkan sebilik dengan pelajar berketurunan Cina sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kolej. menjadi kerunsingan saya, apakah batas aurat perempuan Melayu dengan wanita bukan Islam? apakah ia sama dengan batas aurat kepada lelaki yang bukan mahram? setahu saya, tidak menjadi halangan untuk wanita Melayu Islam menunjukkan auratnya melainkan yang tidak dibenarkan oleh Islam iaitu, antara lutut dan pusat. benarkah begitu? apakah saya berdosa sekiranya batas aurat yang perlu saya jaga sama denga batas aurat apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram
JAWAPAN :
Islam tidak melarang sama sekali berinteraksi dengan golongan bukan Islam. malah kita disuruh untuk mempamerkan teladan yang baik kepada mereka. sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Jadilah kamu umpama tahi lalat apabila berada bersama-sama orang ramai." maksudnya supaya orang Islam menyerlah dan mempamerkan keindahan pengamatan syariat Islam.
namun Islam memberikan batas-batasnya. hal ini bertujuan menjaga kemuliaan dan kehormatan umat Islam. ia juga bermanfaat bagi memelihara keselamatan diri daripada fitnah masyarakat yang boleh membawa gangguan mental serta fizikal. masakan orang yang tidak mengimani Allah dan hari akhirat dapat menjaga amanah? justeru Islam menentukan batasan yang wajar.
dalam hal ini, batasan aurat antara perempuan Islam dan perempuan bukan Islam adalah sama dengan lelaki yang bukan mahram. cuma para ulama membenarkan mendedahkan anggota yang perlu untuk membuat sesuatu pekerjaan.
mendedahkan aurat mendatangkan dosa. justeru umat Islam perlu menjaga batasannya. fahami batas-batas ketika bergaul dengan orang lain. perlakuan dosa mendedahkan aurat secara berterusan dibimbangkan akan mencabut keimanan kita. kita juga perlu mengamalkan istighfar agar dosa-dosa kita diampuni Allah.
(Al-Islam, Mei 2010)
____________________________________________
herm. itulah dia, artikel yang aku baca daripada majalah tersebut. sebenarnya, memang dah lama aku musykil tentang perkara ni. aku pun dah pernah bertanyakan senior tentang ini, tapi bagi aku jawapan itu masih kelabu. namun sekarang, aku dah dapat jawapan yang pasti, terang lagi bersuluh.
aku pon menghadapi masalah yang sama. di sini, di UUM terchenta, kami hidop di bawah satu bumbung, cukup lengkap dengan segala jenis kaum, agama dan budaya. waktu pertama kali menjejakkan kaki di sini, aku risau tentang perkara ni. tentang aurat perempuan Melayu Islam dengan kaum jenis lain.
namun, sekarang ia bukan lagi menjadi satu kerunsingan dalam keadaan "dah terbiasa" dengan keadaan ni. tapi aku tau, bahawa aurat perempuan Islam dengan bukan Islam adalah sama dengan lelaki bukan mahram. cumanya, aku tidak tahu adakah hukum lain yang mengecualikan kami *perempuan Islam* untuk mendedahkan aurat, seperti cara kami berpakaian di bilik dan sebagainya.
dan aku tau sekarang. justeru, adalah betul tindakan pengetua kolej kami untuk menjalankan misi menyaman mana-mana pelajar, even chinese yang memakai short-pant atas daripada paras lutut. huhu :) waktu tu, agakla kami haru-biru kalo tiba-tiba pengetua buat spot-check tengah malam ketok pintu segala kan.
dan, aku takot bila baca ayat kedua terakhir di dalam perenggan terakhir yang berbunyi "perlakuan dosa mendedahkan aurat secara berterusan dibimbangkan akan mencabut keimanan kita" itu. huuuu ): takot!
oleh itu, renung-renungkanlah wahai ain.
1st p/s: entry ini dipos untuk sama-sama kita berkongsi dan membuat penilaian terhadap diri sendiri. aku dah dapat jawapan yang aku nak. takot!
2nd p/s: tiba-tiba aku terpikir tentang peranan pihak kerajaan di dalam membantu pelajar Islam untuk tidak dibebani dengan kemusykilan-kemusykilan seperti ni, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya keadaan seperti ini. kepada pelajar yang tak kisah tu, takpe la kan. tapi kepada pelajar yang betol-betol menjaga batasan aurat, ini adalah mendatangkan satu masalah yang sangat besar bagi mereka.
it's me, little ain~
0 peeps' gossiping:
Post a Comment