Alhamdulillah. lega rase ati. at-last. dengan selamatnye aku pulang dari bank islam varsity mall uum untuk urusan pembayaran yuran bas UNIC yang sengal itu. huhuhu :) sempat lagik nak mengate. tak menyempat masuk bilik, aku teros pegi lab untuk mengepos entry ni. banyak nak citer, dari semalam lagi. tapi semalam tak sempat. ngantok sangat. jadi, arini dengan penuh bekobar-kobar aku datang lab nak citer, takot tunggu lame-lame, kang basi pulak, takleh nak citer dengan sepenuh jiwa raga. *oke, stop mengarut dengan mukadimah yang terlalu panjang nih*
tentang semalam : Karipap Karipap Cinta
lepas je mengepos entry sumpah tido, aku tak jadi nak tido. tibe-tibe aku rase gatal kaki nak pegi mall, sebab aku gatal tangan nak pegang duit lepas tau abah dah bank in duit. aku dah pegi tengahari semalam dengan lilohoney ngan julie, tapi ATM sengal sabotaj aku. then, aku keluarkan duit segala, masuk mall beli roti. pastu, kuar dari mall aku menyinggah kat booth jual buku.
belek punye belek, sekali.. aku nampak la 'Karipap Karipap Cinta'. pastu, teros aku belek dengan lajunye la kan. sebabnye, aku ade tebace entry dari bro nizamsani pasal buku ni. takde pulak die cakap ape ape pasal novel ni. tapi, aku ade hunch yang aku rase novel ni best.
aku jalan-jalan. buat jual mahal. macam tamau beli. then, aku patah balek. pegang lagi si karipap cinta tuh. letak balek. tengok pulak novel sherlock holmes, tapi dalam Bahasa Melayu, tamau! pastu aku pegi lagi ke karipap cinta. selepas membuat beberapa perhitungan, aku pon tutop mate, bawak si karipap tu pegi kaunter, then keluarkan RM14. huuuu :) aku berharap si Karipap Cinta is a worth buying.
balek bilik, tak buat ape, tuka baju, teros bace dan bace dan bace dan gelak golek-golek.
tentang semalam : integrasi unit seni tampak, koke tarian melayu di penutup ekspo konvo uum.
dengan niat untuk mensabotaj cik mil sebab cancelkan performance kitorang, aku dan kawan kawan pegi integrasi pakai baju ikot-suke-ati-aku-la. so, lepas sain attendance segala, ini bermaksud, berakhirlah sudah kokurikulum kami untuk selamanya. sem depan aku akan start tanye junior, "koke tu ape?" miahahaha~
then, teros sume berpecah mengikut haluan masing-masing bertempiaran di padang kawad tapak ekspo. agak sedih la kan. lepas same-same untuk 2 tahun, sekarang dah takde lagi. nak jumpe pon payah, kat DKG mane la ade mase nak besembang bagai kan.
pastu, aku, lin ngan lilohoney bergerak besame-same untuk makan. tibe-tibe jumpe dengan si libra san. pastu jalan lagi. semalam sintok ujan. agak payah la kan nak begerak, dengan payung lagi, dengan basah, dengan ramainye manusia since semalam pon dah last day kan. mesti sume sibok nak borong abes-abesan.
jalan-punye-jalan, aku jumpe dengan kak syikin, kawan taekwondo. lame tak jumpe die sebab aku pon dah tak training sekarang kan. bile pandang belakang, tengok tengok sume dah takde. ya Allah. aku ni, dahla sedikit sengal. henpon ade kedit, tinggal dalam kete. henpon takde kedit tu lah yang aku bawak. aku teroskan mencari walaupon aku tau memang mustahil nak jumpe. then, aku cari abang sayed, sebab die ade kat situ, betugas. cari punye cari, jumpe ismail instead of abang sayed.
aku approach die, pinjam henpon. aku text lilohoney. then, aku mintak nak tepon teros. pastu aku tinggalkan ismail, pegi cari lilohoney kat depan grand stage katenye. takde. pegi lagi kat ismail. pinjam hp lagi sekali, tepon lin. then. baru la jumpe. fuhhh! selamat. kalo tak, balik jalan kaki sorang-sorang la jawabnye kan. gagaga~
tentang semalam : sesampai di bilik
teros aku basuh kaki. tuka baju, makan kebab, minom teh bunga, aku baring dan sambung lagi bace Karipap Karipap Cinta. sangat mengantok. tapi aku gagahkan jugak. cekalkan diri walaupon sampai dah tersenggok-senggok. dan akhirnye, abes.
dan Karipap Karipap Cinta is a worth buying novel. sangatla kelaka sampai aku gelak, rumet aku gelak sekali. memang nak kene say thanks kat bro nizam sani sebab post entry si karipap ni. kalo tak, novel melayu memang aku tak beli sangat dah sekarang, kecuali hlovate ngan ramlee awang mursyid.
Karipap Karipap Cinta bukan setakat novel saje. memang banyak input dalam tu. sau novel yang banyak memberi pengajaran, untuk pembangunan sahsiah diri dalam membentuk rohani yang bagos. semoga, aku boleh ambek input-input yang berguna tu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah..
it's me, little ain~
2 peeps' gossiping:
kita tunggu filem karipap-karipap cinta pula.dengar-dengar nak difilemkan.
huhu :) ye ke? bagus-bagus. nanti kalo bro dah dengar cite pasal filem ni, jangan lupe sharing sharing sini ye.
Post a Comment