r i t u a l

Entry ini thasil setelah aku melalui bbrapa hari yg agk susah ni. utk pengetahuan semua kwn2 dan pmbaca2 skalian,entry yg bkal dibaca oleh kamu ni bukanla original drpd aku. ia milik kakak syakirahku yg telah dipost oleh beliaw pd february 15. aku tlah lame smpan entry beliaw ni dan cume tggu mase utk repost dan akhirnye hari yg aku tggu2 tu dah dtg. ingin aku tegaskan bhw entry ini tiada kena mngena dgn sape2 pon,wlaupon aku ade state kt ats yg aku tlh mlalui hari yg agk susah minggu ni. ritual dibawah pnh dilakukan oleh beliaw,tp belom pnh dibuat aku,ade la skit2 kot tp x smua. huhu.. so,selamat mengamalkan ritual dibawah ini kalo anda sume berani,oke. happy trying :)

kalau kamu mahu melupakan seseorang, tak kiralah ur xyz, or skandal yang sangkut secara tak sengaja,atau sesiapa sajalah tetapi rasanya sangat susah,dan kadangkala macam mahu saja melupakan semuanya,silalah amalkan ritual seperti di bawah. terpulanglahkan,hati kamu,kamu saja yang tahu.

perhatian: semua langkah2 ini memerlukan sedikit kerajinan iaitu kerajinan untuk menulis dan berfikir.

cara 1
1- tulis namanya di atas kertas,biarlah namanya seburuk dan sebesar yang boleh,biar penuh kertas-kertas itu dan lepaskanlah segala beban yang kamu rasa,mengikut cara penulisan itu. misalnya,seperti aku,aku akan tekan pen itu sekuat yang boleh,kadang2 sampai terkoyak2 kertas tuh. haa,biarkan. baru puas ati aku.

2- ambil kertas tadi,tak kisahlah sebanyak mana pun yang kamu dah tulis,letak di lantai dan pijak2 lah kertas itu,bayangkan kamu sedang memijak hatinya,lepaskanlah perasaan itu kepada kertas tadi.

3- kemudian,sila koyak-koyakkan kertas itu hingga ke cebisan yang terkecil sekali. shortcut tidak dibenarkan. jangan pakai gunting,sbb takkan ada feel langsung. kepuasan tiada jika memakai gunting,harap maklum.

4- lepas tu tolonglah buang cebisan kertas tu ke dalam tong sampah,sila jangan susahkan mak kamu untuk menyapu sampah sarap itu ye.

cara 2
1- ambil 2 atau 3 helai kertas kosong,tuliskan kata-kata semangat untuk kamu meneruskan hidup kamu seperti biasa,tanpa dia. kalau perlu memburuk-burukkan dia,silakan. *pnh buat yg ni,agk slalu gk kot huhu*

2- tulis apa saja yang terlintas,tetapi mesti diingat. jangan sekali-kali menulis tentang perasaan cinta atau sayang dan kata-kata yang menaruh harapan. jangan jangan dan jangan! nota ini adalah untuk tatapan kamu sahaja,baca bila rasa sedih dan down,sila simpan di tempat yang selamat seperti di bawah bantal dan pastikan tiada orang lain yang akan tidur di tempat kamu. *ain slalu gk tido tmpat akak,asal x pnh jmpe pon? Kah3 golek golek*

cara 3
1- tulis (lagii?) semua memori buruk kamu dan dia beserta dengan keburukan-keburukannya di dalam kertas. senaraikan sebanyak yang mungkin,setebal thesis pun tak apa lah. ini adalah untuk mengelakkan kamu daripada terus berharap yang indah2 dari dia.

cara 4 (yang agak common kot. mcm sumer org pon penah buat)
1- sila delete no phone,sms,gambar2 dia dalam handphone kamu. tidak lupa juga gambar2 dia dari pc atau laptop kamu. owh,tidak lupa juga namanya di dalam friendlist friendster,myspace,facebook atau apa sajalah,sila delete! tak rasa sakit mata melihat gambar dan muka dia di monitor itu? jangan biar ada satu benda pun yang tertinggal, yang akan mengingatkan kamu pada dia. *pnh buat yang ni yay*

semoga berjaya kepada kamu, yang ingin mencuba.

jadi,itu shj lah entry aku utk kali ni. rase mcm nk cuba tp tatau utk ape sbb aku x pnh ade pngalaman mcm ni. hmm,ade actually,kpd intec boy aku tu tp sume yg pnh aku lalui sgt best. bestnye perasaan bdebar tu,shaking bile jmpe die,bile igt kt die,bile tulis psl die. pndek kate ape2 sje yg mengingatkan aku pd die adelah best dan oleh itu ritual di ats tidak akn skali2 aku lakukan utk die :)
huhuhuhu~

it's me,little ain~