just another rambling post.

Assalamualaikum :)

hehe! sorry readers, dua entry lepas tu memang ada unsur unsur jeles moody. almaklum, mende sirius bukan boleh buat tatau, tutop mata, pekak telinga thou dah janji ngan diri sendiri macam dah tak nak ambik tau pasal dia kan. ini kes besar. aku kena lebih matang menilai. ececece kire dah matang ar ni? hahaha! sengal. semalam sampai rumah dalam pukol 10 pagi gitu. sampai je kat rumah, seisi rumah sume sebok nak keluar shopping. aku yang penat gila tahap babun (walhal tido tak hengat dalam bas) ni apa lagi, jangan lepaskan peluang, ikot sekali. masuk bilik, letak beg, gosok gigi, cuci muka everything, terus kuar balek. berjalan punye pasal. mesti ahh, shopping kot! nanti kesian aku ketinggalan. dah la dudok rumah sorang sorang, pastu tido sampai petang. mau gak lemak menari bergembira dalam isi celah celah tulang ni kan. so, baik jalan jalan, bakar apa apa yang patut. huhu :)

tadi petang aku ke rumah tukang jahit, bawak baju kurung pahang yang baru buat last three weeks yang takleh pakai dah tu. sebabnya kain tu mengecut lepas basuh. aku ni dahla pesen suka buat baju ikot ikot badan je kan. bila badan dah naik, memang susah la kan. tapi kes kali ni bukan sebab badan dah naik, tapi sebab pesen kain tu mengecut. lepas basuh, jadi kecik lak baju tu. sedih sungguh aku time tu, takleh pakai baju baru. dahla first time nak pakai baju kurung pahang. grrrr! tapi takpe, sabor je sampai hari sabtu ni, dah boleh gi ambik. ahad nak pakai gi kenduri LOL! kalo bab kenduri ni, aku memang laju je kan. ye lah, nak tunggu kenduri rumah aku, alamat beruban la aku ni kan. sorang dah tak jadi. lagi sorang tu belom ade calon. tatau la bila masa nak merasa ada anak anak sedara ni kan. nak gak aku beli baju kat diorang. wahhh gila baik bakal mak sedara korang ni kan. so, tolong keluar cepat cepat. huhu! :) tolong kawen cepat hak tiga orang ni ; abengoh, kak lang ngan abechik. 

tadi, aku dok mencari cari entry lama lama yang selamat dikuburkan jadik draft. pastu jumpa pulak satu entry yang aku pos time cuti aritu. baca komen komen yang ada, jumpa dua tiga blogger yang tak kenal, tapi diorang komen. rajin bebenau blogwalking kan? pastu terbaca sekali komen bro aj nismihan. aku, kalo cakap pasal bro aj, memang tak semena mena hati jadi shahdu. haha! memang aku takleh bla dengan bro aj, sangat suka okayy. i mean, bukan la suka yang macam suka tu, tapi suka lain la. errr tak gheti nak cakap. ahh pahamkan sendiri je la. sume dah besar kan? hehe. so, aku nak copy balek komen beliau kat sini, so that sume orang boleh baca. especially for those yang telah selamat berkahwin broke up dengan kekasih hati masing masing. dengan harapan, korang sume still lagi ingat kat diorang. jangan simpan dendam. jangan kutuk kutuk, thou dalam hati je pon. kalo nak kutuk jugak sekali pon, ingatla yang dia tu pernah jadi a part of you. the one that you once loved, and the one that you wanted to spend your whole life with. simpan dan peluk kemas kemas kenangan tu, jangan ada secebis benci okayy! you are the best la readers. hehehe.

*****************

bila ada sulam rindu, kasih yang sebekas rase kembang semangkuk.

kan itu lebih baik; asalkan jangan dibuang rasa itu bila tumpah melimpah tanpa terusik.

do appreciate the love you have; but first, appreciate yourself.

- Aj Nismihan, 2010.




sob3. rasa macam nak nangis bila baca balek komen ni. again and again. ehh, tapi jangan salah faham pulak. aku bukannya ada boyfriend ke apa, aku ni hanyalah seorang yang hopeless romantic. suka tapi penakut. suka tapi malu. suka tapi tak gheti. haaa padan la muka kau. grrrrr! termengarut sudahh. okey lahh, nak mandi. nak siap siap masak spaghetti. hehe! haaa jangan assume aku tau masak pulak. aku tau masak spaghetti dengan prego je pon. mende dah ada. tinggal nak panaskan je. sape nak rasa, sila datang ke rumah Encik Zulkefli okeh. kalo pompuan, sila datang dengan senang hati. kalo lelaki nak datang, errr.. tak jamin keselamatan korang sume. hihihi!

until next time, happy hols everyone! :)

p/s : komen bro Aj dicopy paste dari entry ini.

it's me, little ain~

6 peeps' gossiping:

Akulah Aqilah Itu said...

Hmm. takkan hilang gunung dikejar, takkan lesap jodoh dicari.

=)

Aku baru teringat, ada baju kurung aku belum ambik kat rumah tukang jahit.

little ain said...

aqilah

ye, betol. senang2 takyah cari. tunggu je datang. kan.

cepat cepat gi ambek. boleh cepat pakai :)

Ain Atika Zailani said...

nak rasa spegeti !!!!

little ain said...

meh meh. datang rumah :)

p/s : name same! hehehe :DD

lylalittle said...

hahaha...bju kecut e ain???
=P

little ain said...

@frogprincesz

hahahahaha! perli baik punye ehh? iye. baju ain kecut. tapi dah alter yeayy :)