"Awak suka saya?"

Erk.
"Kenapa dengan soalan tu?"

"Salah?"

 Ah.

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?"

"Saja. Mahu tahu. Boleh?"

*senyum*

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?"

Ala.
"Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan."

*senyum*

"Jadi?"

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!"

"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?
"

Ah.
"Awak yang patut jawab dulu."

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?
"

*diam*

berpaling pada sudut lain
bibir mencari sudut darjah muncung yang lain
ah, muncung lagi
lagi sedikit
ya.
sedikit lagi
ha, yang itu.
muncung yang bagai itu.

"Maaf."

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh.

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan. dan untuk yang hal tadi,pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?."

*angguk pelahan*



***
Dan yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.

Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berpacaran.
Dan yang didakap itu biar halal. sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
yang itu, pasti.

- AJ Nismihan 2010, Awak Suka Saya?.
***

little ain said...
so, which one you are suggesting?
to say it or let your actions speak for you?

i chose neither. hehe :)

AJ Nismihan said...
siBesarHatiAin
depend.
which type are you.
some are proactive and aggressive; talk are immense in every moment.
and some others 'talk' better with eyes and touch.
The best is always mixture of both; with your preference weighted.
Your partner never know, until you really convince them.
and who ever start the sparkle for this fireworks, doesn't matter Ain.

***

okayy. ini karya siBesarHatiAin pulak. dah tak cilok bro AJ lagi dah. hihi!

herm. apa yang ain nak cakap kat sini bro, memang kita berbeza kan? dan nampak sangat ketidakmatangan ain dalam menilai sesuatu perhubungan tu. ain lebih rela diam seribu bahasa, tak bagitau pape, and let him go. and i'm okay with it. i mean, mesti la sedih emo sorangsorang, tapi ain tabahkan hati. chewaahhh! entah pape je. huhu. 

okay, sikit je nak cakap. nanti mesti bro Aj brain wash banyakbanyak. hehehe. bro, you are the best! :)

it's me, little ain~

18 peeps' gossiping:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

*berfikir*


tak tau nape...tapi...erm..


entry yang ni...seronok di baca..heh

little ain said...

huhu :)

ini cilok karya bro aj. pastu beliau reply komen orang. boleh melawat page bro aj kalo nak paham lagik.

thank you anyway.

rafidah said...

sy mmg suke awk ain..haha

little ain said...

sy pon awak :)

Judiene said...

Erkk, I don't think i get what you're trying to tell here.
Hehehe.
A lil bit explanation is kindly appreciated.

:)

little ain said...

actually, entry ni copy dari bro aj. then, i commented on this entry, as u can see at the end of his entry tu. then, he replied as u can see kat situ jugak.

then, what i was trying to say is uh, the different between me and bro aj's perception about love. who has to make the first move.

get it?

Hizami Li said...

sometimes,
action speaks louder than words.
XD

little ain said...

well, its your choice :)

good for you.

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

tau tang entry tu... yang bestnya ialah...

jeng jeng..

haish..susah nk terang..haha


p/s : oh oh... jangan annoying plak..hehe

little ain said...

haaa ape yang best?

kalo tak cakap, nak annoy la nnti.

*paksa*

huhu :)

Anonymous said...

tapi kene hati2 gak. kadang2 yang cakap manis nih bahaya tapi kadang2 yang diam2 berubi lagi bahaya sedar2 da ade org lain

little ain said...

huhu. masing masing punye care kan? nak cari yang perfect boleh sayang kite time bercinta takde la kot, tunggu sampai dah kawen, baru tau betol sayang ke tak.

:)

Anonymous said...

Tak banyak beza antara kita sebenarnya ain.
aku sendiri mudah biarkan tindak aku berkata lebih terang dari buah bicara aku.
kenapa?
yang itu lebih jelas,
dan lebih mudah faham.
dan aku bisa saja menarik diri yang pacal ini andai yang dilaku aku itu kurang disenangi, dan itu lebih baik dari blusher percuma di muka tebal ini kan?

cuma.
pada momen-momen yang perlu.
ada juga sebut dua kata yang terjuih keluar untuk buatkan dia mengangguk dan tersenyum penuh makna.
itu saja.


selebihnya,
bila dah menjadi halal,
kamu pasti lebih tenang dari gemuruh yang ini,
kerana dia sudah menjadi kamu sendiri.

dan aku sendiri begitu.

yup.

seperti ain ini juga.

*senyum*

dan.

aku bukan sebagus mana.
hanya seseorang yang tak punya lebih dari sepatah dua untuk di kongsi sama kamu.
itu saja.
ya.
itu saja.

*senyum*

little ain said...

maksudnya, you do both. the words and actions.
it's good, then. it's a healthy relationship.

yap, itu sangat pasti.
sebab yang halal tu adalah yang paling diredhai.
ain selalu ingat ustaz cakap,
once kita dah kawen dengan pasangan,
everytime kita sentuh dia, dosa yang kita pernah buat sebelom kawen dulu luruh seolah-olah macam air yang keluar dari celah celah jari.
indah.

thank you sebab banyak ajar ain tentang perasaan.
bukak mata celik luas luas, biar nampak.
:)

Anonymous said...

ya, both.
as i mentioned in my previous comment (in your entry)
"The best is always mixture of both; with your preference weighted."

yup.
your preference.
you may prefer ice chocolate more as compare to me; isn't it?

and.
about your Ustaz's saying.
Maaf.
cumanya, rasa kurang tepat.
Dosa sebelum kahwin tetap takkan jatuh begitu mudah.
Haram tetap haram, dan bukan dengan berbuat pahala, dosa akan jatuh.
Itu yang aku faham.
Ya, menyentuh lepas halal itu pahala balasnya.
tapi, takkan pernah mampu pahala itu gugurkan dosa lama.
dosa tetap dosa.
hanya Allah yang mampu basuh bersih dosa itu.
oh.
ya.
itu yang aku percaya.
dan itu yang aku pegang.
Mohon maaf kalau aku salah, tapi tak salah kalau semak semula hal-hal ini kan?

little ain said...

"The best is always mixture of both; with your preference weighted."

yea, okay, i got that :)

i'm sure one day, when its time, i'll know how to handle this. it'll come naturally. :)

owh, is it? all this time ain pegang ape yang ustaz cakap tu.
meaning that, kite kena mintak taubat dengan Allah so that He'll forgive us. though we married our partner.

yeah.
it's okay, i will.
i'll check again.

KNS said...

suatu ari nnt..bile ain dah jumpe dg seseorg y betol2 berkenan di hati..ain xkn biarkn dia pergi..

mungkin yg terdhulu tu bukn putera impian yg sbnrnye ;P

little ain said...

semoga yang berkenan dihati dan takkan biar pergi tu selamat menjadi yang halal.

:)