when it comes to raya term, orang yang paling aku saspek sekali tak lain tak bukan ialah, abah :) ye, abah, ayahanda ku. aku rasa memang takde orang lain dalam family kitorang ni yang boleh challenge kesemangatan beliau.
arini, memang aku dan segala anak-anak dara sekalian menjadi kerahan tenaga *hehe* untuk mengemaskan rumah. for the past few days, memang la kitorang semangat nak raya, buat kuey segala, tapi rumah macam tu je, takde apa yang berubah. pulak tu dengan keadaan cuaca hujan sejak dua minggu ni, suma pon malas nak gerak. tapi Alhamdulillah, pada hari ke tiga puluh kita berpuasa ni, Allah turunkan rahmatNya, matahari bersinar dengan terangnya. erk ain, asal ko skema gile ni, macam buat karangan spm pon ada gak. dan lagi satu, arini baru abah start cuti, sebab tu lah rumah ni nampak macam rumah version raya sikit. kalo tak, memang harapan nusa dan bangsa je la kan.
oleh kerana itu jugaklah, laman belakang rumah kami, dah nampak macam kedai dobi. herm, boleh jugak tuh, esok-esok aku bukak kedai dobi atas nama abah. tapi dobi tu hanya beroperasi pada hari ke 29 dan 30 Ramadhan sahaja, sebab Encik Zul suka basuhkan langsir rumah orang lain. beliau pantang sepah-sepah, kotor-kotor ni.
ini lah dia keadaan belakang rumah kami buat masa sekarang. ada lagi beberapa keping lagi langsir yang belom dijemur, in fact, still dalam machine lagi, sebab takde tempat nak jemur. al-maklum, rumah banyak tingkap.
arini kami semua tak bangun sahur tau, ibu off alarm, pastu sambung tido. then, bila abah kejutkan pagi tadi, kami semua memang dah tak sambung tido, operasi masak dan kemas rumah dijalankan. semua benda nak kena siapkan before malam, senang la esok pagi aku ibu bangun masak apa yang perlu je. so, tadi aku goreng kacang, untuk buat kuah kacang. tahun ni macam bese gak, menu sate wajib ada. tapi yang menu nasik tu tak sure lagi, rasa macam ada perubahan. and oh, by the way, lontong pon ada gak ;)
bagai kacang lupakan kulit, mereka sebenarnya harus bercerai. kalo tak, memang akan berhabok kaw-kaw la dalam kuah tu nanti.
meh meninjau keadaan di bahagian ruang tamu pulak. takde langsir yang semestinya sebab suma masih lagi kat kedai dobi Encik Zulkefli. gambar pon tak cantek sebab terlalu banyak pencahayaan alasan, walhal tak terer dan rumah kami ialah rumah kayu sahaja.
ini bahagian pintu depan. kan aku dah cakap, memang banyak tingkap teratak usang kami ni.
ini pulak bahagian ruang tamu family. orang takkan masuk ke bahagian ni sesuka hati. tapi arini, credits to abah sebab sangat rajen sapu-menyapu, lap cermin akuarium, dan macam-macam lagi. you are the best! :)
mungkin harus sampai di sini sahaja buat masa sekarang, sebab suma tengah sibok di dapur tu. aku pulak kat dalam bilik, menaip entry persiapan raya. mentang-mentang router dan sihat walafiat semalam, tak payahla dok depan tv lagi dengan cabel bagai tu kan. aku harus membanting tulang jugak sebab katanya abah, pukol dua nanti mau buat last round shopping. yeay! harus semua ikot. hehehe :)
until next time.
p/s : kepada bro hamzah, cepat-cepat siapkan mengecat rumah. hehehe :)
love,
it's me, little ain~
4 peeps' gossiping:
wht a lovely house!! teringin nk pegi :)
thanks kak anish :)
and so are yours, you know that. huhu :)
u shud come tau! nanti ade mase oke =))
wahh rajen nye dak kecik neh! :)
eh syg, sori akak tak sempat nak amekkan gamba buat roti.
sempat kan ain nak amek sendiri later?
huhu tak rajen ah yang, terpaksa. hehehe :)
it's okay. ain pon tak sempat nak cakap aritu.
Post a Comment