otak tersumbat sebab lapar. HAHAHA! huuu serius lapar yang amat. pagi tadi ibu bangun lambat, tak sempat nak makan nasi, minom nescafe je. memang sesuai la tu, mulakan hari mu dengan nescafe kan.
herm. arini memang dalam sejarah la kan, sebabnya kami anak-beranak pegi shopping raya naik bas. hehe :) caye tak? tulun la caye sebab memang betol. kan keja arini, so takkan la kami nak kena ikot abah pagi-pagi pukol tujuh pegi ofis, kan? payah sikit la sekarang since kereta ibu dah kena kidnapped kan. huhu takpe. boleh jugak aku merasa macamane susahnya orang lain yang hidop takde kereta kan, naik bas je. *hehe dan-dan je keinsafan menjengok hati*
ibu, abelong, aku, kak lang, dan ida. kami naik bas pukol 10. pastu sampai sana, erk.. tatau la pukol bape sebab tak pakai jam, henpon pulak lupa bawak. serius aku cakap arini letih gila, thou mendung je kat Kuala Terengganu tadi. bapak la ramai manusia kat atas stesen bas tadi, Tuhan je la yang tau. aku naik angin betoi, sebab bile dah jalan, aku terbabas ke tempat lain, hilang. dahla phone tak bawak, camane nak jumpa nanti. haih, mujo aku dah besar, tak panik kalo hilang. ngee!
tujuan pegi KT sebab nak cari tudong. semalam dah dapat baju raya *hooyeah hooyeah!* so arini misi mencari dan mematchingkan dengan tudong la pulak kan. to be perfectly honest, sangat payah nak dapat tudong macam yang aku pakai tu sekarang, tudong bawal ye tuan-tuan. kalo puan-puan tak kenal tudong bawal, aku tatau la kan nak cakap apa. asal payah? sebabnya, abang jual tudong fav kakak aku tu cakap orang dah tak pakai dah yang macam kitorang ni, tak up-to-date katanya. haila haila haila. orang dah pakai tudong gini sejak dari zaman purba kala lagi tau. tak lekang dek zaman tau dak!
dalam banyak-banyak baju kami, hak aku la yang paling payah sekali nak cari warna tudong yang match. sampai lenguh kitorang pusing atas tu, memang payah. payah. payah. dengan keramaian manusia, aku jadi kurang sabar. seperti biasa, sejak bila pulak aku ni penyabar kan? tapi akhirnya, dapat jugak. Alhamdulillah =) *sengih sampai ke telinga*
oleh kerana ramai sangat orang tadi, jadi aku tak bernafsu nak snap gambar kami di situ. yang ada hanyalah gambar ini.
lepas dah setel suma benda, ibu tepon abah kat ofis. pastu kami pon pulang ke rumah. singgah kat rumah Tok Ngah dulu, abah bayar zakat yang Pak Long kirim. sekarang pon abah masih belom balek, gi bayar zakat. ibu pulak tengah berhempas pulas masak untuk bukak pose. menu arini, tomyam campor. yayy :) err aku pulak, tengah sebok membebel kat sini.
p/s : gambar baju(-baju) raya dalam entry akan datang, iaitu beberapa hari lepas raya okeh. tak surprise *lah sangat* kalo dah letak sekarang. ngeee :)
selamat berbuka puasa every one!
it's me, little ain~
0 peeps' gossiping:
Post a Comment