Selamat tengah malam :)
mintak maaf, malam ni aku menaip di tengah malam, sebab baru bangun tido. oleh kerana teringat nak update blog yang amat, sampai aku mengigau. oke, tu memang penipu paling besar la kan. ade ke sampai cenggitu sekali kot ye pon seronok sangat dengan blog kan.
Alhamdulillah pertama sekali diucapkan sebab petang tadi, kami sekeluarga *kecuali abah* selamat sampai ke rumah dari kampong. it wasn't a long-journey sebab kami semua tido di Besut semalam, rumah Cu Li, adek ibu yang bongsu, bukan dari Kelatan. so, takde la makan masa sampai enam jam kan, sebab banyak jugak tempat kami menyinggah arini.
so, entry kali ni mesti panjang sebab aku tak dapat nak mengupdate apa-apa selama lima hari kita beraya ni kan, since aku tinggal laptop di rumah, broadband angah pon rosak kat sana, so takde apa yang boleh mengganggu aku beraya, except rak buku angah yang penuh dengan segala jenis Reader's Digest tu, start dengan magazine, buku masak, dictionary, peta dunia, and everything, memang aku tak berapa nak makan la kan, sebab dok mengadap kat situ je. untung-untung, mesti angah bagi aku bawak balek rumah mana-mana yang berkenan di hati, jadi hak milik. dulu dah dapat, satu ensiklopedia, satu novel, satu case true story. huuu terbaek :)
so, cut that off, meh start dengan citer raya pulak. rasanya sempat nak kaver citer raya pertama je kot.
Raya Pertama
ibu dah bangun pukol tiga pagi untuk siapkan everything. nasi dagang dengan kuahnya, lontong, kuah kacang, nasi himpit, sambal ikan bilis, and everything. abah pulak, time aku bangun tuh, tengah bakar sate. tu yang hidong pedih semacam, bau asap. so, aku siapkan mana-mana yang patot je la kan. baju dah iron siap-siap.
gamba sume ambek time baru lepas masak, memang fresh lagi. time hidang tak sempat nak ambek, sebok.
lepas balek semayang raya, macam bese la kan, sesi bersalam-salaman. hak ni aku paling tak boleh bla sikit. thou aku practice mintak maaf macam nak gila depan cermin time nak siap-siap pakai cantek tu, tapi when it comes tu nak salam betol-betol, depan depan, mesti akulah orang yang paling tangkap jiwang sensitip sekali. huuu tolong la, dah besar kot. tatau la camane nak tak nak nangis time mintak maaf ni, nak nak bila salam dengan abah. sayang abah! :) sebab selama ni sangat memahami aku. sangat berkorban everything untuk aku. sangat sanggup berhabes macam-macam untuk aku terus belaja. dan terima kasih yang amat-sangat-dan-tak-dapat-nak-balas-jasa abah sebab support aku aku dari segi financial, sepanjang empat tahun ni. terlalu besar pengorbanan abah.
dah abes bab aku emoticon sorang-sorang di hening pagi. so so so, kami beraya dengan teramat meriahnya, tayah cakapla. memang tak menang tangan rasanya dari pagi ke malam. hoho caye la. maghrib tu, aku abah sambung lagi bakar sate. grrr! tahun depan, aku syak abah nak beli dapur bakar sate yang canggih sikit tu kot letak kat depan beranda. pastu kalo nak makan pon canggih sikit ah, bakar sendiri. ngeh ngeh ngeh :)
memandangkan Eid kali ni jatuh pada hari Jumaat, justeru kami songlap kete abah, pegi beraya di rumah makcik-pakcik yang baik dengan kami (aku, kakak, adik dan sepupu) *yang ada anak teruna* tyme semayang Jumaat untuk mengelakkan daripada rasa malu sebab nak makan banyak. hahaha! Ripleys believe it or not? believe it laa :)
lepas tu, macam bese bergerak ke Pulau Serai, Dungun untuk melawat Che Ngoh Yah dan keluarga. beberapa ketika kat situ, kami bersama-sama la pulak ke rumah Tok De Din. yang rumah Tok De Din ni memang tak dapat nak elak, cucunya ramai anak teruna, so belasah je la kan. huuu yang sebok nak cakap pasal cucu teruna orang ni apa motif. sebokkkk jeee! heeee :D
pastu balek rumah. then, gi beraya rumah jirang-jiran aka sedara mara sendiri, Tok Long, rumah Mak Teh, makan serba serbi. sesampai aku di beranda rumah, ibu cakap beberapa ketoi kawan sekolah aku datang. tapi sebab aku takde, diorang beraya kat rumah kawan diorang zaman form six (jadi bukan kawan aku la kan) dulu. oke, fine :)
tunggu punya tunggu, sampai la mereka sekalian, pada pukol 6.05. haih memang nak runtuh rumah aku diorang datang, to be honest! setahun sekali je jumpa, memang banyak sangat nak cerita, nak cakap, aku kalo boleh nak berebut masa cakap tu. huhu :) teringat zaman sekolah dulu. tapi sekarang dah lain, suma dah masuk U. so, masing-masing cita pasal U masing-masing.
kami memang bestfriend gile-gile oke. jangan discandalkan :)
dalam 6.40 gitu, diorang beransur. aku pulak sebok merengek kat dapor suruh kak lang tinggalkan bakar sate, bawak aku beraya rumah bff aku pulak, azri safirah. mintak maafla, memang yang paling last sekali rumah cik kak sorang ni. tu pon mujo abah bagi pegi, dah nak dekat maghrib sangat dah, tapi aku keraskan hati jugak. langkah kanan pegi rumah kak pirah, dapat sebatang lemang ayah mertua bagi. Alhamdulillah! :)
bff aka bakal adik ipar. hahaha :) sengal!
huhu akhirnya berakhirla raya untuk hari tu walaupon belom abes betol-betol lagi. rumah aku still penuh dengan mak sedara dan sepupu segala. haih meriah yang amat tiap kali raya. sebab tu la abah pulun jugak kemas rumah, buat itu buat ini, masak segala bagai, sebab rumah kami antara yang menjadi tumpuan time raya ni. kalo dari sudut bisnes, memang lauk ibu laku giler ah, tak pernah tak licin.
Raya Kedua
nothing much happened on this day. balek kampong, sampai sana arund pukol tiga petang kot, Kelantan agak teruk jem. pastu terus ke rumah Mama Tok. di rumah Kak Fizah makan segala jenis kek, rumah Kak Chik Lah makan spagetti. huuu kenyang!
Raya Ketiga
ke rumah Aunty Rozi. Uncle Li pon ada kat situ. diinvestigatenya identiti aku, habes terbongkar rahsia depan anak Aunty Rozi yang teramatla hensem itu. huuu tulun! tulun! die ajak aku sembang pasal logistics (mentang-mentang aku cakap ngan dia aku buat logistics) tengah aku sedap makan pulut kuning. mujo gak aku betol-betol buat logistics tau, sem ni ambek subjek Sea Transport, tak pasal-pasal kena buat kerahan tenaga otak kejap sebab nak sembang ngan dia. kang kalo salah bagi fakta, tak pasai dia cakap aku penipu pulak. dahla Uncle Li tu keje Petronas. dia mesti tau mende-mende Oil and Gas ni. grrr!!
Raya Keempat
bertolak pegi ke Besut, tido rumah Cu Li. sampai sana makan nasi tengah hari best giler, past petang sikit gi pantai. sorry takde gamba, sebab aku pandai sangat, dok snap situ snap sini dari minggu lepas, bateri tak pernah nak cas. lagi pandai bila aku tak bawak balek charger. eee nak tampaq diri sendiri laju-laju!!
Raya Kelima
which is arini la kan, pagi tadi. kami sama-sama ke rumah Uncle Lah, beraya di situ. thou Uncle Lah takde, klinik beliau dah bukak arini, tapi isterinya ada. so, beraya kat situ around sejam, then, bermula lah journey kami balek rumah pulak.
singgah di rumah Mak Cik Ani, makan mee sup segala. huu tekejut tengok si anak-anak kecil yang dah tak berapa nak kecil sangatla sekarang kan. suma dah besar. Adi dah masuk uitm Sri Iskandar, sem 1, buat diploma. Ella dah nak konvo diploma. Aimi pulak dah form 2, tinggi yang amat, hensem yang amat jugak. waktu ibu jaga diorang dulu, kecikk yang amat. comel gile. sekarang dah besar sihat dan hensem . bagus bagus.
Alhamdulillah, abes jugak citer raya aku untuk kali ni. aku caye, kalo yang baca entry aku kali ni, mesti sampai tersengguk-sengguk depan screen. huuu ampun pak. banyak sangat nak citer ni. lain kali takkan ada lagi entry panjang macam ni, tak janji :)
aku pon dah ngantok balek. agakla panjang sangat aku membebel macam takde hari esok untuk cite sume ni. jangan sampai ngigau sudah :)
p/s : ternyata takde diskriminasi terjadi terhadap umor aku. so, memang ianya tidak menjatuhkan mata wang aku yang aku terima. umor bukanlah penghalang. hehehe :)
p/s/s : aku takde gamba diri sendiri yang untuk diinterprem. huuu sedih gila. kakakaka!!
p/s/s/s : dan sekarang baru aku sedar yang aku belom baca apa-apa lagi untuk midterm dan assignment CCM pon belom disentuh. God bless me!
good night every one!
it's me, little ain~
1 peeps' gossiping:
uuuuuhh meriahnye kek raya! hehe.
great raya dear :)
Post a Comment