sebab tak available for the weekend

salam sejahtera semua :)

tanpa melengahkan masa, arini terus nak post entry baru, berkaitan dengan weekend (semalam) yang sangat penat, tapi Alhamdulillah berjaya aku jayakan jugak.

Jumaat, August 6th 2010

bertolak ke SMK Bukit Payong, Kedah untuk Kem Motivasi PMR. perjalanan yang memakan lebih kurang sejam. ngantok Tuhan aje yang tahu. tapi tak boleh nak tido dek kerana si Azeed tu haa. penat aku nak melayan dia. HAHA :) tapi serius aku cakap, dia tu lawak tahap gila babas.


kem yang cuma beberapa jam, memang padat. tapi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua facilitator yang telah memainkan peranan dalam mengawal dan membantu para pelajar sekalian. tahniah jugak kepada si Azeed especially, sebagai ketua faci yang banyak membantu dalam memberikan motivasi kepada adik-adik sekalian. sampai aku sekali yang terasa impaknya. huhu :) aku memang tabik spring toing toing dengan dia. karakter yang berbeza-baza dalam satu masa. betapa dia boleh kontrol perasaan, mimik muka, intonasi dan segalanya. haih. nama pon lagi student kaunseling ea. memang tau psiko orang, memang terer memprovok, dan sangat berketerampilan dalam masa yang sama. che waah banyak pulak aku puji dia. saham naik melambung-lambung.

aku percaya, segala motivasi dan nasihat yang telah diberikan oleh Azeed mampu sedikit sebanyak masuk ke dalam jiwa budak-budak sekalian. harapan aku, mereka semua akan bekerja keras untuk PMR yang akan datang ni dan seterusnya untuk SPM dan InsyaAllah, semoga mereka mampu untuk belajar sehingga ke peringkat yang paling tinggi. Amiiin ;)

program habes lebih kurang pukol 5.15pm macam tu lah. then, bertolak ke rmah pengarah projek, Abang Zaidan untuk sesi postmortem dan makan makan. haih. rumah yang sangat tersorok lokasinya. tapi corot bukan sebarang corot, dusun buah segala jenis pon ada. kami semua dijamu dengan pelbagai jenis buah-buahan. haih. orang kampong, memang macam ni ek. sangat baik nak jamu makan kami semua yang berjumlah lima belas orang ini. budi baik mereka sekeluarga akan diingati. terima kasih banyak banyak ya.

Sabtu, August 7th 2010

zeri sampai semalam, sewaktu aku on the way dari SMK Bukit Payong balik ke uum. ghupenya dia dah kat alor star waktu tuh. jadi, aku pon mintak diturunkan kat Changlun je, jemput dia sekaligus balek. terima kasih banyak banyak kepada aku punya kawan sehidup mati lain-lain, Azu, Fami ngan Ismail sebab tolong jemput kami di Changlun.

rasa macam dah tak boleh nak bukak mata time makan semalam. mintak maaf banyak banyak dengan kak pirah kalo ada layanan yang terkurang. aku dah cuba untuk buat yang terbaek. kawan baik datang dari kl kot, jauh tu, takkan nak buat lebih kurang. lagipon, aku yang beria ajak dia datang. Alhamdulillah sampai dengan selamat.

so, semalam kami telah ke Dewan Wawasan Kangar untuk majlis konvokesyen Unimap. Azmi Safuan, iaitu abang kepada Azri Safirah merangkap jugak kembar dia dengan sempurnanya telah menerima scroll Diploma Kejuruteraan Pembuatan. lebih kurang pukol 3pm kami sampai disana, dihantar oleh sayangku Lilohoney dan jugak Ezlin Nadia. mula-mula memang kami dudok kat luar je, sebab takde pas masuk. dudok punya dudok, jumpa la dengan kawan lama sekolah dulu, pastu menyelinap masuk dalam, dudok dengan artis koir Unimap.

Alhamdulillah, boleh jugak kami tengok encik sulong ambek scroll dia kat atas pentas tu haa. haih. shahdu hati aku. HAHAHA :) *takde kena mengena langsung dengan kau lah*

dengan itu, tibalah kita ke acara yang gilang gemilang pulak. tidak lain tidak bukan, mari-tengok-gambar time ;)


teeeett! nak jugak haa.





ehem ehem. vava :) malu la mak, nyah.

itu lah dia, sedikit sebanyak cerita tentang kedua dua hari kejadian. gambar untuk kem motivasi belom diedit lagik. akan aku buat secepat mungkin since malam ni pon nak balek rumah kan. gambar selebihnya akan diuploadkan sejurus selepas kepulangan.

by the way, aku ucapkan Happy 21st Birthday to Wan Nur Amalina. semoga panjang umor dimurahkan rezeki. love you!

it's me, little ain~

2 peeps' gossiping:

zEri sAfEerA said...

hoho,,, xdang puah ain. weekend yg best d urata ^^. meh upm r plok. hehe :D

little ain said...

tu ah. mari sebab ade keje ekpon. ade mase mari lagi eh :)