angkara adegan itu.

mari menulis lagi =)

huuu first and foremost, nak mintak maaf bebanyak sebab aku menulis lagi. aku kat rumah ni, fahami laa yang aku banyak sangat masa terluang *assignment Cross Cultural Management terkulai layu apa kes?*. lepas keesokkan hari, memang takde banyak dah entry dari aku sebab dah balek ke uum. memang tak rajin nak online kat bawah atau kat lab. al-maklum, wireless dalam bilik kat DPP Sime Darby adalah yang maha hebat dan paling laju. tak terkalahkan oleh Mini Cooper Encik Kacang.

teeettttt sila berhenti mencarut membebel.

oke oke. entry ni nak cita pasal semalam, tepat jam 01.05am. waktu tu, aku tengah 'supper' kat dapur, makan nasi puteh dengan daging goreng tu laa *see, kan aku dah cakap aku makan banyak*. abelong pulak tengah tengok tv. elok aku letak pinggan atas meja, aku pandang tv. haiya. SubhanaAllah. ish ish ish. haruskah aku terpandang adegan tidak baik itu?

korang pernah tengok tak cita 'Friday The 13th', kat MAX, channel 413. tu lah diaaa. cita tentang herm.. aku tatau la pasal apa. tapi basically dia nak bagitau yang this bad guy kan, dia macam kurang upaya sikit dari segi mental la ek. dan, muka die terok. macam alien dari planet marikh pon ada gak *huuuu macam kau penah tengok pulak makhluk marikh tu*. basically, dia hodohla kot. dan mungkin sebab tu dia jadi ganas. you know, kill people dengan cara yang dasyat yang amat. huuuu takot T____T

cerita ni, sama la spesies dengan cita Wrong Turn. haa penah tengok tak? tolongla jangan tengok, ngeri gila. kanibal. makan orang. angkara cita Friday The 13th ni la, aku tiba-tiba teringat kat semua Wrong Turn tu haa, dari yang 1 sampai yang 3 kot yang aku pernah tengok. tapi tengok macam tak tengok. tutop muka dengan jari, pastu intai sikit-sikit kat celah jari, pastu jerit-jerit dengan rumet aku. hahaha sengal pon ada gak.

dek kerana itu lah, aku tak boleh tido semalam T___T tu yang bangun sahor pon liat yang amat. tapi oleh kerana teringat kat daging masak kicap dengan ketam masak lemak gulai cili padi tu, aku gagahkan jua diri.


pelik bin heran. tatau asal muka diorang boleh jadi macam gini.

aku tau part ni. sebab aku tengok. T___T

wek !!

uuu geli = ugly.

p/s : aku uploadkan gamba kecik punya saiz sebab aku sendiri pon naik takot plus geli geleman. najis mutawageli betoi!!

it's me, little ain~

2 peeps' gossiping:

cik FIFFY said...

macam best je cerita ni.. hihi... :))

little ain said...

huhu! boleh jugak kalo nak cube tengok. tapi make sure bukak posa tak geli. hehehe