kisah gamba

okeh. Alhamdulillah. al-final, belog akhirnya berwajah baru. walaupon nampak macam separuh tak siap, tapi untuk beginner macam aku ni, oke la tu ek? ha ha. ces. puji diri sendiri. perasan la kau.

anyway. nak cita satu ni haa. yang buat aku macam serba salah lately. aku teros cite la ek. tamau mukadimah panjang-panjang. mengarut je lebih nanti.

herm. ada sorang Indonesian ni, classmate aku untuk subjek International Mergers and Acquisitions. dalam kelas, agak la dia ramah tamah dengan aku. tegor, tanya markah quiz segala tu kan.

then, kelas pon dah abes. final untuk paper ni pon dah lepas, yang paling awal dulu. so, tak jumpa lagi la ek. since dia pon dah final semester, praktikum pulak next sem. one day, dia text aku, mau add di face book. aku pon oke je la kan. siap ym segala. hoho.

then, aku ada terbaca belog dia. perh! memang islamic tahap terbaek punye la ek, bukan macam aku yang suka melalut tak tentu fasal ni. tengok tuannya, macam bese-bese je ek, except untuk tanda itam kat dahi dia tu, memang macam orang kuat beribadat, macam yang selalu tok imam ada tu haa.

pastu, dah add kat face book. pernah jugak la dua tiga kali dia tag aku kat gamba dia. gamba bukan sebarang gamba. ni dia haaa.

tu diaaa gambaq dia tag aku.

then. aku macam dah rasa lain macam la ek. ye laa. sebabnya, aku ni memang minah kebaya. takdak baju kurung. ada la juga, bukan takde langsung, boleh bilang dengan jari sebelah tangan je. siap belasah adik punye lagi. huhu.

herm. aku gi kelas, memang aku pakai kebaya. tapi sebelum ni, dia tak pernah cakap apa pon. aku rasa la kan, dia nak tegor aku sebenarnya, tapi dia tak berani. huuu apekah yang berlaku ni. tulun tulun!

tatau nak cakap camane. aku memang seorang yang bertudong, wajib kalo nak kuar, in fact nak dudok kat beranda depan rumah sekali pon. tapi, aku takde la pakai tutop litop macam jubah ke segala tu. bukan maksud aku jubah tu teruk ke apa, tapi aku nak cakap, yang aku jaga aurat, tapi aku pakai kebaya, pakai jeans, pakai seluar.

haih. payah betol nak cakap ek. next time kalo jumpa dia lagi, aku tatau nak pakai apa. huhu. rasa macam malu la pulak kan, sebab dia tegor dengan penuh keikhlasan dan halus. haih.

anyway, aku patot berterima kasih sama dia sebab at least, dia dah sedarkan aku. mungkin aku terlepas pandang tentang hal ni. InsyaAllah, semoga lepas ni Tuhan buka lagi pintu hati aku untuk lebih menutup aurat dengan cara yang betol. Amiin :)

it's me, little ain~

6 peeps' gossiping:

diNa de sOLa said...

huhu..bgos btol dia 2 ain..laki ka pmpuan??dasat2..laen kali nk jmpa dia kna pkai sopan2..huhu..

little ain said...

tu lad dina. dia itu, cowok sih. gagaga~ teros cakap Indo sekali.

hahahaha :) boleh boleh. meh jumpa dia. mesti suka punya. muka fatherly. konpen lelaki. takde konpius jantina dah. gagagaga~

GhOsToNe said...

bagus lew idew..
xpe lew..
perlahan2 la berubah okeyh!

little ain said...

huhu :) baek lah encik!

LiLohOnEy said...

thx abu bakar!!

gue jgk di tag :)

little ain said...

hahaha^^