Kem Motivasi Bersama Anak Sahabat

huhu ;) akhirnye aku berpeluang untuk mengepos entry ni. penat sangat balek semalam, memang tak boleh nak buat ape. tido memang tak hengat. hak tu tak payah cakap la kan. nasi tengah hari yang aku bawak balek pon memang tak bersentuh, membazir je. rumet aku pon tak makan.

semalam

Alhamdulillah, syukor ke hadrat Ilahi, program Kem Motivasi Bersama Anak Sahabat anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UUM berakhir semalam, lebih kurang pukol 1300 tengah hari. selamat dengan ucapan dan sedikit ceramah dari penceramah jemputan, serta penyampaian hadiah, pengagihan sijil peserta dan makan tengah hari, bebudak comel pon balek ke rumah masing-masing dengan family.

lepas makan pagi kat DPP Bank Rakyat, baru la kami tolak masuk ke dalam UUM, ke DKG 1/3 untuk acara seterusnya. sebelom penceramah datang, ade lagi satu sesi LDK yang bebudak perlu buat untuk sesi pembentangan depan mak ayah diorang sume.

bagi kumpulan kami, memang dinantikan LDK ni sebabnye diorang tau, akan ade game yang faci diorang *aku la tu kan ;)* akan buat sebagai ganjaran untuk LDK. seronok bebenor diorang kalo boleh main game ye. banyak game yang aku ajak main dan dah main, tapi sume kejap je sebab tak abes-abes nak maen game kerbau dengan buaya. sampai aku pon syok sekali walaupon penah kena denda. yang pagi semalam, last kena denda, si anas. pastu diorang ramai-ramai pakat gi cari bunga, pastu bagi aku sambil cakap, "I love you, cikgu". miahahahaha~ comel la diorang ni.

jumaat

aku dari kolej teros ke library. dari situ, kitorang tawaf satu UUM ni haa. tengah panas terik. dah la aku tak bawak payung, tak guna sun block langsung. hasilnye adelah berkulit gelap. huuu :( nak buat camane kan. sehari suntok dalam UUM. sangat penat. lepas semayang Jumaat, kitorang gerak pegi ke taman rusa, pusat sukan, padang palapes segala. memang terbaek diorang jalan-jalan. muka penat penat je sume, pastu cakap, "kami lapaq ayak ni cikgu". haha~ sian betol. jumpe water cooler je, teros serang. budak-budak. bese la tu kan. kuat minom air.

sesi malamnya aku tak terlibat langsung walaupon ade kat sane. sebab diorang menjemput entah sape, tapi somekind la well-known people in GPMS negeri Perak kot *kalo tak silap la kan* then, ade penceramah jemputan dari Pusat Islam, untuk malam muhasabah diri. kesian budak-budak nanges sume. dah la penat siangnye berjalan, malam kena brain wash pulak.

herm. jadinya, itu sahaja la kot. nak kate malas cakap banyak, memang dah cakap banyak pon. kat bawah aku ade uploadkan sikit pictures sewaktu kat sane. so now, let the pictures do all the talking.




faci dapat bunga dan I Love You. thanks sume ;)



di manakah aku?















ni dalam utan yang aku tatau ape name die. ngee~

kenangan kat Dewan Mas. tapi tak facing jam bunga sebab panas!

ni pagi jumaat, aku ajak diorang sume main game, 'Bola Saya'.

ni lah sedikit-sebanyak yang aku boleh letak kat sini. yang lain-lain aku akan upload dalam facebook. jadinya, selamat menonton =)

banyak menda yang aku boleh belaja dari program ni. yang paling penting, aku kena belajar bersyukor. dari semua aspek *tak payahla nak list kat sini* sesungguhnya memang meninggalkan kesan dalam diri aku sendiri dan semoga bebudak especially budak group aku tu. semoga diorang sume gembira sepanjang aku mengendalikan LDK dan buat aktiviti. kamu sume memang paling cool! all the best :)

p/s : gamba telah di cropped dengan sesuka hati dan di edit dengan asal-edit-je-lah.

~ countdown final exam : 12 days to go.

sweet memories =)
it's me, little ain~

2 peeps' gossiping:

anish said...

yeay! *tolong hepi tuk ain jugak. hee

btw, baju kurung kamu yg 1st pic tu sgt lawa :) nk jugak!! hehe

2nd btw *hehe*, u've been tagged :D
checkitout in my page ya my dear :)

little ain said...

thank you kak anish :)

huhu :) that's kebaya. last semester punye^^ gagaga~ boleh boleh. nanti me gi tengok kat kedai tu, kalo ade lagi, me beli pos kat kak anish oke :)

hahahah~ okeh. will check it out straight away :)