betapa kau menguji


ya Allah. sakitnya ati aku. sakit sangat. tak tertahan-tahan. sampai aku rasa macam nak meletop. nak aku angkat semua kerusi meja pinggan sume campak atas muka kau. sungguh-sungguh aku tak sangka.

betapa manusia boleh berubah.

begitu mudahkah nak melupakan seseorang bila kita dah ada seorang yang baru? bagi kamu. macam mana sebenarnya takat persahabatan itu diukur? mudahnya bagi kau. mudahnya. rapuhnya satu persahabatan itu bila kau berpasangan. berlainan jantina yang pastinya. betapa kau nak menjaga hati dia dan korbankan perasaan aku.

Tuhan.

aku cuba memahami. aku cuba bersabar selama ni. kalo diikutkan baran aku ni. memang dah lama aku sembur atas muka. tapi disebabkan manner aku masih ditahap waras, aku tahankan jugak. memikirkan yang kau pernah berusaha menjaga aku waktu aku sakit. tolong diwaktu aku susah.

tapi sampai bila aku harus tahankan perasaan marah ni? sampai tahap kesabaran aku yang sebenarnya tak pernah ada kerana aku bukan orangnya yang sabar hilang. zero. tapi kau berani nak melangkaui tahap kesabaran aku ni. betapa kau menguji.

hanya sebaris ayat yang diucapkan. tapi cukup melukakan. sangat mengguris. betolla kata pepatah. benda yang paling tajam dalam dunia ni adalah lidah. betapa menghiris. tembus ke dasar hati. cukup telus.

ya. aku salah. kadang-kadang aku lupa yang kita sama. tapi tidak serupa. kau ada dia. aku menjalani hidup
seorang diri. ditemani teman. maafkan aku kerana aku terlupakan keadaan itu. kau punya orang lain untuk bercerita. makan. bercanda bagai. sungguh aku lupa. kau punya dia untuk dijaga hatinya. lalu. hati aku yang dikorbankan.

bagaimana kau menilai hubungan persahabatan itu sebenarnya?

it's me,little ain~

0 peeps' gossiping: