Alhamdulillah, arini sekali lagi aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu di rumah Allah. setelah dua hari cuti sebab malas -.-' dua hari lagi cuti sebab ke johor, arini dah boleh sambung balik bertarawikh. arini macam bese aku dudok saf depan, cumanya aku dapat jadi orang kedua paling awal di sebelah kanan, selalunya aku orang ketiga sebelah mok su kedai. mok su isteri pak imam yang first sekali. yang kat sebelah aku orang keempat, mok su ape entah, tapi isteri pak imam jugaklah. haaa see, aku dudok sebelah tiga orang mok su, dua mok su isteri pak imam. yang sebelah mok su pak imam yang dok sebelah aku tu, isteri pak bilal. hoh tudiaaaa aku dudok di kalangan orang orang kuat kampung ni lah.
muehehehe :D
Alhamdulillah kali ni aku berpeluang pose kat rumah. full version punya. Alhamdulillah jugak aku boleh bertarawikh. dulu time pose kat kolej, jarang sangat nak turun tarawikh sebabnya kat kolej, bukan buat berjemaah tiap tiap hari. so kena pergi masjid. masjid bukan jauh sangat pon, tapi alasan malas tu banyak yang amat, seluas langit dan bumi. SubahanAllah. time uitm dulu lagi lahh. masjid memang jauh, kena naik rapid kl T603 nak gi masjid tu. memanglah dalam uitm je, tapi jauh lah. some more sebab fakulti jauh di sinun seksyen 17. so balek pon dah malam. selalunya memang bukak pose tepi jalan kat seksyen 2 tu, sementara tunggu driver rapid kl T603 masuk keje balek, pukol lapan. penah jugak bukak pose kat cafe fakulti tengah tengah magrib gelap guguk (read : gelita).
so since dah balek rumah ni, secara personal takde alasan lah aku tak gi masjid. orang selalu cakap, jadikanlah Ramadhan ni seolah olah Ramadhan yang terakhir bagi kita. aku takot ya Allah, macamane lah kalo betol betol Ramadhan ni yang terakhir kali untuk aku? =.='
hari jumaat waktu aku on the way gi johor, abang aku singgah semayang jumaat. aku ngan kak lang dudok bawah pokok dengar khutbah jumaat. ya Allah, terasa insaf yang amat sangat masa dengar khutbah jumaat tu, rasa macam nak menangis je. betapa sebenarnya Ramadhan ni harus diisi dengan seribu amalan dalam kita nak mengejar keredhaan Allah. pastu ada tok imam cakap pasal malam Lailatul Qadar. kalo kita ada rezeki jumpa malam Lailatul Qadar ni, seolah olah diampunkan dosa kita sepanjang hidop. AllahuAkbar. pastu tok imam cakap, seeloknya eloklah kita mendatangi masjid di malam hari untuk samayang sunat tarawikh demi untuk menampong amalan amalan wajib kita.
macam macam lagi dalam khutbah jumaat dua hari lepas. serasa aku nak menitik air mata kat situ jugak. oleh kerana kak lang ada, so tahankan je lah. malu sehh. tapi itulah, aku bersungguh sungguh Ramadhan kali ni. mana lah tau kalo ni lah kali terakhir aku berpuasa di rumah dengan ibu abah. sobsobsob ouhh tibatiba tacing.
thus, mari lah kita sama-sama berdoa semoga amalan amalan kita kali ni diterima Allah swt. semoga Allah merahmati kita semua, keluarga dan jugak rezeki yang Allah bagi ni.
may this Ramadhan brings the best in us and may the best stays in us forever. Ameenn. |
semoga.
love.
ainzulkefli.
2 peeps' gossiping:
ye ah ain eh. org pon pk g2 gok. utgnye kite buleh pose dumoh. dgn mk ayh lagi 2 lpas skian lame xleh pose gni. hurm,,, kalu la ni hk last :'(
itu ahh.
semoga amalan kite diterima kali ni. ya Allah, permudahkanlah semua urusan.
Ameen.
kalo lah ini yang terakhir kali T__T
Post a Comment