of Friday

Assalamualaikum :)

Selamat pagi. selamat hari Jumaat.

Ehem.

dah lama menghilangkan diri tiba tiba arini datang kann. ohh sadis sungguh. sorry tau nyah. mak sebok la dua tiga minggu ni. sebok sangat dengan tumblr. hihihi! and seriously sebok jugak dengan kelas and everything. kesian cik belog kan. selalu kena gantung tak bertali. silap haribulan, cik belog tak kasi aku log in, tetiba dia Alzheimer ke apa kan, mau gak aku nangis sepuluh baldi.

malam ni Dinner IBMS. aku neves tatau apesal. mungkin sebab aku incharge bahagian protokol. mungkin sebab aku akan pakai heels. mungkin sebab malam ni akan ada adegan nangis nangis sebab al maklum lah, dinner ni untuk meraikan final semester students kan. jadinya, mestilah sedih gila. dah tiga tahun sesama, pastu lepas ni sume dah keluar dari sini, pegi praktikum, pastu keje. atau mungkin jugak sebab malam ni aku akan pakai baju kurung (?). seriously ada kena mengena ke tak pakai baju kurung dengan neves? haha. tu yang aku nak cite ni. muehehe :D

minggu lepas aku balik rumah, seminggu. tujuan balek rumah sebab sangat homesick tahap nak mampos. pastu dah alang alang tu, aku pow la duit seisi keluarga untuk buat baju dinner ni. huhu gila kau sampai nak pow duit seisi keluarga. duit ibu actually. aku punya target memang nak buat kebaya kain batik sutera. tapi tak dapat nak buat kebaya atas sebab tukang jahit terbaik seantero dunia, iaitu tukang jahit aku sebab tulah dia terbaik ;p cakap tak cantik buat kebaya. bila potong, dia akan kacau corak kat kain tu. so aku pasrah sebab dialah yang terbaik dan aku percaya dia akan buat yang terbaik untuk aku sebab aku memang nak yang terbaik je dari dia dan aku nak baju aku tu terbaik di antara yang terbaik. perghhh gila banyak perkataan terbaik kan. gila poyo aku kan? nampak sangat macam aku je nak yang terbaik. macam gila bagus je. hakhakhaktuihhhhh! heh, sila abaikan perkataan terbaik tu sume. aku gurau je. chill okies sayangs :)

then, terhasillah sepasang baju kurung batik sutera. siyes aku cakap, neves gila vivas nak pakai ni. sebab aku ni dah lama gila takde baju kurung on my own. kebaya je yang melambak lambak tapi sekarang dah sikit yang boleh pakai akibat kerana rutin makan nasik-kalah-atlet-bina-badan-punya-kuantiti, lalu perut jauh ke depan. kesannya, spare tyres tiga lapis ya ladies and gentlemen. sob sob sob. eh sambung balek. so, malam ni untuk pertama kalinya selepas beberapa glamorous tahun, aku ada baju kurung sendiri dan dijahit purposely untuk satu event. omaijay. dah boleh masuk The Malaysian Book of Record ni aku rasa. again, boooooo!!

tema malam ni actually Cultural Night. of course la kan, International Business. what do you expect, kan? and that's why aku pakai baju kurung. baju tradisional Melayu kita. tapi tak semestinya kena pakai baju culture sendiri. contoh macam Lilohoney, tak pakai baju kurung pon. heee, Lilohoney pakai baju lain, tapi aku tak nak lah bocorkan rahsia kat sini kan. let it be her little secret for now and let her reveals it herself. i'm sure she'll be posting an entry about tonight right after the event. and i promise i'll give you her link so that you'll get to see what she's wearing tonight. and not to forget, cik Mimi Dyana kite. hehehe. Mimi pon akan pakai something different. ini pon sama, i'll let you know her link once she has updated her belog orait.

by the way, baju tu, nik ahmad arash yang tolong bagi idea. mak keluar ngan dia aritu time pegi cari kain ni. dia bekenan bebenau kat kain ni. mak pon suka. so, mak pon beli lahh.

so okaylah. rasanya sampai sini je lah untuk entry kali ni. ngantok gila dah. belom tido dari pagi. kunun buat assignment la kan. last sekali, assignment always you and i yang siap. bravo! hebakk sungguh. rasa macam nak hentak berlipat diri sendiri kat dinding. grrrr.

okay then people, i hope you have a great day. Happy Friday! :)

it's me, little ain~

2 peeps' gossiping:

anish said...

ngaaaaaaaaaaaaaa i cant wait for it! lepas ni letak gambar banyak2 ain syg! awww pakai heels lagi! haha excited dah ni!

Mimi Dyana said...

haha, baju aii simple je nyah. expectation uu ni mcm tinggi je. takut mak, nyah! haha