choose happiness.

hai people. Assalamualaikum :)

huhu seperti yang dijanjikan, entry good news yang cik ain dah janji ngan korang sume. ingat lagi tak entry yang pasal it's a spark tu? macam tiba tiba Allah turunkan hidayah kat hambaNya hak sorang ni yang tengah sedih murung monyok dan yang sama waktu dengannya oleh kerana terpaksa bertukar ke kolej baru, atau sekarang dikenali dengan kolej atlet *lah sangat*, iaitu kolej misc. pastu tiba tiba satu sinar datang bila presiden aka my counselor bagitau yang dia tengah holdkan dulu mende alah pindah pindah ni. but still, aku kena mendaftar kat kolej baru ni untuk sementara waktu before boleh masuk sini balek. so, aku dudok sini for almost two weeks already, ngan rumet baru, kak syikin. ehhh, baru sedar pulak yang aku still belom introduce rumet baru kat readers sume. walhal kak syikin dah siap post dalam belog dia pasal aku, kat sini. korang abaikan gambar aku yang kak syikin dah copy dengan sesuka hati tanpa mintak permission tu. dalam banyak banyak gambar lain, apesal picture yang sedikit sangat burok bebenau tu gak dia berkenan ehh. grrrr! anyway, thanks kak untuk entry tu. ain suka. sayang kak banyak banyak! heeee :D

okay okay, balek kepada idea asal entry ni. actually, apa yang aku nak bagitau sebenarnya ialah, aku dah dapat pindah balek ke kolej asal, iaitu kolej sime darby yang sejak azali ditetapkan Allah aku kat situ dari awal pengajian sampai abes pengajian di uum terchenta ni (abaikan ayat terakhir yang panjang melalut over-eksaited). tadi dah ke ofis untuk urusan pendaftaran, ambik kunci and everything, but still tak boleh daftar lagi sebab dalam portal student belom clear lagik pasal pertukaran bilik ni. nak tak nak, lepas chinese new year nanti la kot baru boleh ambik kuncinya. katanya kak miza, tak setel lagi sebab bukan aku sorang je yang nak pindah balek kolej asal, ramai lagi orang lain pon same. memang betol pon, sebab the day aku hantar borang untuk tukar kolej tu, ramai lagi atlet atlet lain yang bukan asal dari kolej tu datang hantar borang sekali. seee? nampak sangat atlet uum tak perlu sebuah kolej yang mana nak kena kumpulkan semua kat situ. ingat ni sekolah sukan bukit jalil ke? seriusly i don't need this.

so, itu lah die actually good news untuk readers sume. hehe :D macam ape je kan nak rahsia rahsia ek? bajet hot macam sume orang sebok nak tau amende jadi dalam hidop aku ni kan. sila menangis untuk cik ain sekarang. okay, itu tak kelaka. grrrrr! herm, though aku happy dapat tukar balek ke kolej sime darby, aku sedikit sebanyak berat hati jugak la kan nak tinggalkan kak syikin, dila ngan kak iman kat sini. sebabnya, diorang memang sangat best, happening, kuat makan (ain, sila lupa pasal makan), baik, boleh harap, and so so. banyak sangat nak listkan, nanti kang tak muat satu entry ni. jangan lupa, kalo nak gi pizza ke, nak gi secret recipe ke, wajib ajak ain sekali. pastu, every weekend kena breakfast roti cheese kat subaidah tau tau tau :) 

sob3. tetiba emo pulak kan. hehehe :) okay dah, abes pasal tukar bilik and everything. i should get going now. nak buat laundry la pulak kan since esok malam dah nak berangkat pulang ke tanah tumpah darah, Terengganu terchenta. ibu pon bukan main dah tadi, siap tepon segala. ingatkan aku balik malam ni. yeayy diriku dirindui. heeee :D ouhhh tak sabar nak balek. bayangkan la, first day sampai sini last two weeks dah rindu rumah gilagila. macam apa je kann? ni yang nak kena cari keje dekat dekat ngan rumah je ni kann. baru boleh balek every day. takde masalah langsung. hihihi. kena cakap thank you kat abah sebab dah top upkan maybank yang dah kekontangan walaupon baru je dua minggu masuk sini. masheh jugak sebab top upkan handphone sekali. you are the best, abah :) heeee :D 

okay then guys, entry panjang bebenau kali ni. ye lah, selalunya update pendek pendek je kan. lastly, aku ucapkan selamat jalan for those yang balek bercuti esok, atau lusa atau bila bila je, asalkan korang naik bas and balek rumah. untuk kawan kawan chinese pulak, aku ucapkan happy chinese new year, orait :) 




until next time, 
have a greatt holiday, people! :)

it's me, little ain~

12 peeps' gossiping:

jaya jr said...

choose cadbury,choose happiness..haha

zEri sAfEerA said...

semoga selamat sampai link ;)

anish said...

good for you :D tahniah dapat pindah balik. eheh

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

kan dan ckp.. kawan kawan baru akan jadi kawan kawan lama juga.. hehe..

seronok la ye hehe..

bgs bgs..

little ain said...

abang

yessss :)

choose choc!

little ain said...

kak pirah

thank you! selamat bertemu. hehehe :D

little ain said...

kak anish

thank you yang! happy gile tau dapat pindah balek. memang blessed la kan? hehehe :DD

little ain said...

azizee

heee :D actually, diorg mmg dah kawan dari sem 1 lagi. satu team taekwondo. memang dah kenal. that's why la suke dudok ngan diorang ni.

lylalittle said...

hehehehe....mm....bahagia e ain???hehehe...
pasni x nmpk da la ain kt misc...org da blik kolej snri kn....
mmm....
=P

little ain said...

hahahaha bahagia la yang.

alaaa, ngade ah dila ni. nnti ain selalu la dtg sini. tido sini. jalan2 ngan korang sume. ek ek ek :)

lylalittle said...

oo....jln2 br nk dtg....ces....
hehehehe... =P

little ain said...

@frogprincesz

mengade ye? sekeh kang. huhu :)
akan selalu lawat korang nanti okayy :)